Hi! Welcome Back and Stay Tune! VIDEO: Honda City Facelift Bersedia Dihantar Kepada Para Pelanggan – Bakal Dilancarkan Esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VIDEO: Honda City Facelift Bersedia Dihantar Kepada Para Pelanggan – Bakal Dilancarkan Esok

Model City facelift bakal dilancarkan esok, dan sebagai menambah debaran di hati para pengemar model sedan segmen-B ini, Honda Malaysia telah menyiarkan video menerusi laman Facebook rasmi mereka dan menyatakan sudah bersedia untuk menghantar City 2017 kepada para pelanggan yang telah menempahnya.

Dengan menawarkan tiga varian iaitu S, E dan V (varian S+ pada model sebelumnya telah digugurkan), City 2017 ini telah dipertingkatkan di bahagian luaran dan dalamannya. Ini termasuklah menampilkan Solid Wing Face pada bahagian hadapannya bersama bar krom baharu yang lebih tebal iaitu inspirasi daripada Civic baharu dan nampak menonjol pada gril hadapan ‘sarang lebah’ yang diperkemaskinikan bersama jaluran krom.

Untuk spesifikasi tertinggi, varian V, ia akan menerima lampu utama, lampu belakang, lampu kabus dan lampu brek LED. Dan semua varian City 2017 kini didatangkan dengan kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin. Manakala elemen tambahan bagi varian V iaitu kamera undur pelbagai-sudut.

Di Thailand, perubahan pada bahagian kabin melibatkan rekaan semula fabrik tempat duduknya serta menampilkan pencahayaan ruang dalaman LED. Untuk model spesifikasi Malaysia, kena tunggu perinciannya didedahkan sepenuhnya esok.

Bagi aspek keselamatan, semua varian menerima Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki dan Isyarat Berhenti Kecemasan. Bagi beg udara pula, varian V menerima enam unit dan hanya dua untuk varian lain.

Tiada perubahan mekanikal ditampilkan di mana City masih dijana enjin 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 120 PS pada takat 6,600 rpm dan tork maksima 145 Nm pada takat 4,600 rpm yang digandingkan dengan sistem transmisi CVT. City 2017 ini turut diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), dan Honda mendakwa, ia menawarkan penjimatan bahan api luar biasa.

GALERI: Honda City facelift

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lc12fQ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.