Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Cedera Terjun Bangunan 3 Tingkat Di Labuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Cedera Terjun Bangunan 3 Tingkat Di Labuan

Spread the love

LABUAN – Seorang wanita cedera ringan selepas bertindak terjun dari bangunan kedai tiga tingkat kira-kira 12.46 tengah hari tadi di Utama Jaya di sini.

Wanita berusia 20-an itu dipercayai warga Filipina dan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di sini.

Polis, bomba dan orang ramai yang melalui kawasan itu berjaya menyelamatkan wanita terbabit dengan merentangkan kain kanvas di bawah bangunan sebelum wanita itu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Amin berkata beliau dan rakan-rakannya memegang kanvas tersebut bagi menyelamatkan wanita yang dipercayai mengalami tekanan.

“Sekurang-kurangnya 10 hingga 11 orang daripada kami termasuk anggota polis dan bomba memegang kanvas itu dan berharap agar wanita terbabit tidak jatuh ke tanah,” katanya.

Menurut polis, punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lb3fbs

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.