Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Kedegilan Seorang Pelajar PhD Menyelamatkan Malaysia Daripada Virus Pembunuh? Ramai TAK TAHU !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Kedegilan Seorang Pelajar PhD Menyelamatkan Malaysia Daripada Virus Pembunuh? Ramai TAK TAHU !!!

Bagaimana Kedegilan Seorang Pelajar PhD Menyelamatkan Malaysia Daripada Virus Pembunuh? Ramai TAK TAHU !!! | Seorang demi seorang, tumbang, mati. Pemuda yang sihat sejahtera, keesokannya pengsan, dengan otak yang bengkak. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh bercakap.

Virus Nipah, menyerang negara pada tahun 1999. Ternyata virus ini memberi kesan segera kepada mereka yang menghidapinya.

“Mereka yang terkena menjadi komatos, ada yang lumpuh,” kata Dr. Chong Tin Tan, seorang pakar neurologi di Universiti Malaya. Beliau bertanggung jawab menjaga pesakit virus Nipah.

Tiada apa yang boleh dilakukan. Tiada ubat. Tiada vaksin. Separuh daripada pesakit meninggal dunia.

“Pada ketika itu, kami tidak tahu apakah penyakit yang menyerang,” sambung Dr Tan lagi. “Ianya menakutkan.”

Di pekan kecil bernama Nipah, hampir seorang daripada 3 keluarga, kehilangan nyawa.

Dr Chua

Pada tahun 1999, Dr Chua Kaw Beng, menemui virus Nipah ketika ianya masih menyerang negara. Ketika itu beliau masih menyiapkan PhD dalam bidang virologi. Sebelum itu, beliau merupakan doktor perubatan yang memiliki ijazah dan sarjana dalam bidang pediatrik (kanak-kanak).

Pendedahan ini dibuat ketika beliau berada di dalam makmal Universiti Malaya (UM).

Berita ini dikongsi dengan sang profesor, malangnya tidak diendahkan.

“Awak hanya membuang masa,” jawab profesor.

Pihak berkuasa juga tidak mempercayai beliau.

Tidak percaya

Pada ketika ini, pihak berwajib meminta orang ramai untuk bertenang.

Katanya, penyakit ini adalah disebabkan oleh nyamuk. Katanya, ianya adalah lagi satu serangan JE.

Dan semuanya terkawal, kerana semburan nyamuk sedang dilakukan.

Akan tetapi Dr Chua dan Dr Tan sedar bahawa penyakit ini tidak menjangkiti populasi Muslim. Mereka juga memerhatikan di Nipah, Negeri Sembilan, di mana terdapat banyak ladang khinzir, ramai kehilangan nyawa.

“Tidak, tidak. Saya tahu ianya bukan nyamuk. Dan semakin ramai meninggal dunia!”

“Tetapi tiada siapa mempercayai saya,” tegas Dr Chua.

Beliau merayu, tetapi semuanya menutup telinga.

CDC

Dr Chua meyakinkan profesor untuk menghantar beliau ke Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control, CDC) di Amerika Syarikat untuk menyelidik ‘penyakit bawaan nyamuk’.

Tetapi sebenarnya, beliau menyelinap virus baru ini yang dibungkus rapi, disimpan dalam bagasi, seterusnya menaiki penerbangan.

Jelas sekali, cara beliau melanggar prosedur keselamatan dan kuarantin.

“Ianya adalah kecemasan, saya terpaksa membawanya ke sana segera,” kata Dr Chua.

Di bawah mikroskop CDC yang berkuasa tinggi, akhirnya terungkai misteri.

“Ianya adalah paramyxo!”

Imej mendedahkan kumpulan virus berbahaya: paramyxovirus.

Virus ini datangnya daripada haiwan ternakan, bukannya dari nyamuk.

Selalunya, paramyxo menyerang paru-paru. Untuk kes nipah, ianya menyerang otak.

“Berhenti lawan nyamuk!” kata Dr Chua sejurus menelefon pihak berwajib di Malaysia. “Penyakit ini datangnya dari khinzir.”

Pada ketika ini Kerajaan Malaysia membuka telinga sebesar-besarnya.

Malang sekali, virus misteri ini sudahpun tersebar ke beberapa buah negeri, malah sudahpun berjangkit ke Singapura.

Drastik

Kerajaan Malaysia tidak menunggu lagi. Anggota tentera dikerah.

Kubur besar digali. Khinzir-khinzir ditolak, lalu ditembak.

“Khinzir-khinzir ini menjerit, dan ada yang menitis air mata,” kata Muniandy, seorang pekerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. “Ianya menyedihkan.”

1 juta ekor khinzir dimusnahkan. Ternyata, ianya berkesan.

Serangan terhenti. Virus pembunuh, hilang.

Sedekad kemudian

Sedekad kemudian, barulah diketahui khinzir-khinzir ini dijangkiti daripada kelawar.

Dan sifat berkelompok ladang khinzir telah menjadikannya sebagai ‘kilang virus’.

Wabak ini telah mengubah industri ladang khinzir menjadi lebih bersih.

Wabak Nipah di Malaysia juga menjadi inspirasi buat filem Contagion (2011).

Kini

Dr Chua kini berkhidmat sebagai Penyiasat Prinsipal Kanan di Temasek Lifesciences Laboratory di Singapura. Beliau juga menemui virus Kampar pada tahun 2006.

Dr Tan masih berkhidmat di UM sebagai Pakar Neurologi.

Kedua-duanya menerima Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir di atas usaha menemui virus Nipah.

Sumber : The Vocket

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

The post Bagaimana Kedegilan Seorang Pelajar PhD Menyelamatkan Malaysia Daripada Virus Pembunuh? Ramai TAK TAHU !!! appeared first on SEMASA VIRAL.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lxK6MU



✍ Sumber : ☕ SEMASA VIRAL


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.