Hi! Welcome Back and Stay Tune! Persenda Agama Islam: Rayuan Vivian Lee Didengar 11 Mei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Persenda Agama Islam: Rayuan Vivian Lee Didengar 11 Mei

Spread the love

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada 11 Mei rayuan bekas teman wanita blogger Alvin Tan terhadap hukuman penjara lima bulan 22 hari kerana menyiarkan gambar mereka berserta kapsyen mempersenda agama Islam di laman facebook mereka.

Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi perlu menunggu keputusan berhubung kes serupa di Mahkamah Persekutuan kerana ia akan menjadi panduan dalam membuat keputusan terhadap kes tersebut (Vivian Lee).

Pada 27 Mei 2016, Vivian Lee atau Lee May Ling, 27, dijatuhi hukum penjara lima bulan dan 22 hari oleh Mahkamah Sesyen selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan Lee didengar di Mahkamah Tinggi.

Lee dan bekas teman lelakinya itu, didakwa menyiarkan gambar mereka sedang menikmati hidangan dengan kapsyen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ dan mengandungi logo halal di laman Facebook mereka.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi, 13 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lee diwakili peguam Chong Joo Tian manakala Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili pihak pendakwaan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2laWiXO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.