Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seleweng Hartanah: Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Hadir Ke Pejabat SPRM Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seleweng Hartanah: Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Hadir Ke Pejabat SPRM Johor

JOHOR BAHRU: Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Simi Abdul Ghani hari ini hadir ke Kompleks Pejabat SPRM Johor di Tampoi di sini, dipercayai berkaitan siasatan kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Simi dipercayai berada di kompleks itu selama empat jam selepas tiba kira-kira 10.40 pagi.

Ketika dihubungi, Simi mengesahkan kehadirannya di kompleks berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

BACA: Exco negeri Johor, Abd Latif Bandi bercuti mulai hari ini

BACA: MB Johor serah kepada SPRM siasat kes penyelewengan hartanah

BACA: SPRM tahan enam termasuk anak pegawai kerajaan negeri Johor

Pada 24 Feb lepas, enam lelaki termasuk anak dan pegawai khas seorang exco kerajaan negeri Johor ditahan SPRM dipercayai terlibat dengan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu.

Kesemua mereka disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis di Johor.

Semalam, SPRM menahan seorang kontraktor lelaki yang dipercayai suspek ketujuh kes tersebut.

Setakat semalam, SPRM telah merekodkan keterangan lebih 15 saksi bagi membantu siasatan kes itu. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSCuXU

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.