Hi! Welcome Back and Stay Tune! MB Perak ‘Spot Check’ Tandas Awam Kotor Di Ipoh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MB Perak ‘Spot Check’ Tandas Awam Kotor Di Ipoh

Spread the love

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sekali lagi meneruskan siri lawatan secara mengejut dan kali ini, tandas awam medan selera terkenal di sini menjadi sasaran.

Dalam tinjauan sekitar pukul 5 petang itu, beliau turut disertai Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man untuk meninjau keadaan sebenar kawasan tumpuan penduduk di sekitar Ipoh itu, khususnya pada waktu malam.

Sesi lawatan itu bermula di Medan Selera Taman Kanak-Kanak (TKK) sehinggalah ke deretan Gerbang Malam di Jalan Datuk Tahwil Azar yang menyaksikan Menteri Besar memberi beberapa komen untuk penambahbaikan.

Antara perkara yang menarik perhatian beliau ialah tahap kebersihan tandas awam di TKK yang kini kelihatan agak uzur, usang dan tidak terurus.

Dr Zambry berkata, lokasi tumpuan warga Ipoh yang dibina sejak tahun 1970an itu dilihat agak terbiar dan suram berikutan kerja-kerja pembangunan yang dilakukan, namun ia tidak sepatutnya menjadi alasan.

“Saya mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai mengenai keadaan sekitar TKK ini dan memang saya dapati saliran longkang di kawasan perniagaan ini tidak begitu sistematik, berbau agak busuk mungkin kerana tidak lancar dan ini perlu diuruskan.

“Selain itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga telah memberi komitmen untuk melihat kepada tandas awam sedia ada kerana pada saya, jika kita ingin menaikkan Ipoh sebagai bandaraya bersih, maka tandas itu tidak bertepatan dengan piawaian dan tidak mencapai taraf untuk orang ramai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di gerai-gerai, laluan pejalan kaki sekitar lokasi Gerbang Malam Ipoh yang telah dinaiktaraf dan situasi longkang di bahagian belakang gerai perniagaan Medan Selera TKK pada petang Selasa.

Dr Zambry juga sempat meluangkan masa berbual dengan para peniaga mengenai masalah yang dihadapi mereka di samping menikmati beberapa menu di Medan Selera TKK itu.

MB lawat TKK 7Menurut beliau, medan selera itu sebenarnya satu lokasi tumpuan yang wajar dibangunkan apatah lagi, kedudukannya di pusat bandaraya Ipoh yang sering menjadi tumpuan warga kota kerana harga makanannya murah dan sedap.

Beliau mahu MBI mengambil tindakan memastikan pokok-pokok yang merimbun di sekitar kawasan berkenaan dijaga dan ditatarias dari segi pencahayaan.

“Saya ingin melihat pokok-pokok ini dijaga, kerana ianya sudah matang, maka sekiranya lokasi TKK ini dinaiktaraf maka orang ramai boleh berkunjung ke sini pada waktu siang dan ke Gerbang Malam pula sebelah petangnya.

“Saya cukup yakin, sekiranya semua ini dilaksanakan maka unsur-unsur jenayah akan dapat dihindarkan kerana ianya akan menjadi lokasi tumpuan dan pilihan orang ramai,” ujarnya lagi.

Beliau menasihati 164 peniaga dari Persatuan Penjaja Gerbang Malam untuk sentiasa memastikan tahap kebersihan Gerbang Malam dan jangan hanya bergantung kepada MBI kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

Dalam pada itu, Dr Zambry turut memuji tindakan Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, Mohd Syukri Azaari yang mengikuti jejak langkahnya turun padang dan mengutip sampah bagi menyelami dan memahami keadaan sebenar kawasan berkenaan

“Budaya ini perlu, kerana hanya melalui turun padang kita dapat dekati masyarakat yang bertungkus lumus bekerja membersihkan Bandar kita sejak awal pagi, dan ketahui masalah sebenar dari semua aspek yang boleh diperbaiki,” katanya.

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ly4q0A

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.