Hi! Welcome Back and Stay Tune! Joe Hart Boleh Lupakan Manchester City - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Joe Hart Boleh Lupakan Manchester City

MANCHESTER 1 Mac. – Pep Guardiola akan menunggu sehingga tamat musim ini sebelum membuat keputusan jangka panjang berhubung kedudukan penjaga gol Manchester City, dan dalam masa sama Joe Hart boleh melupakan kariernya bersama skuad The Citizens.

Ketika ini Willy Caballero sering menjadi penjaga gol pilihan No.1 Guardiola selepas berada dalam kesebelasan utama pada tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, malah dia turut diturunkan ketika pasukan itu meraih kemenangan ke atas Monaco dalam aksi Liga Juara-Juara.

Caballero yang menggantikan Claudio Bravo mungkin menjadi penjaga gol utama bagi saingan liga domestik musim ini.
Bagaimanapun, Guardiola memberitahu, dia belum membuat keputusan rasmi siapa yang akan diberi tanggungjawab menggalas tugas penjaga gol utama.

“Saya akan membuat keputusan pada penghujung musim ini.

“Saya masih percaya kepada pemain yang sedia ada dan akan membuat keputusan bukan sahaja melibatkan penjaga gol tetapi pemain tengah, sayap, penyerang dan pertahanan. Semuanya akan saya putuskan pada hujung musim ini,” kata Guardiola.

Sementara itu, ditanya berhubung kontrak baharu Caballero, Guardiola berkata, buat masa ini belum ada sebarang keputusan dibuat tetapi pemain tersebut sentiasa mempamerkan peningkatan prestasi yang positif.

“Terdapat lima, enam pemain akan tamat kontrak dan mereka tahu tentang situasi tersebut.

“Sudah tentu semuanya berisiko sama ada mereka akan menandatangani kontrak bersama kelab lain atau menerima tawaran kami.

“Semuanya akan diputuskan pada penghujung musim ini,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya sama ada penjaga gol England, Hart akan kembali menjadi No.1 pada musim depan, Guardiola berkata: “Saya gembira bersama Willy dan Claudio.”

Ketika ini Hart dipinjamkan oleh City menyertai kelab Itali Torino. – AGENSI

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqn2Pl

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.