Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perginya Seniman Legenda Sezaman P.Ramlee - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perginya Seniman Legenda Sezaman P.Ramlee

Spread the love

PEMERGIAN Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin lewat petang Rabu dalam usia 81 tahun ternyata amat mengejutkan pelbagai pihak khasnya peminat filem Melayu tempatan di negara ini.

Allahyarham merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta pernah dilantik sebagai senator Dewan Negara di Parlimen dan dikatakan antara pelakon yang hidup sezaman dengan legenda Tan Sri P. Ramlee.

Atas bimbingan P. Ramlee, Jins atau nama sebenarnya Mohamed Jins Shamsuddin yang lahir pada 5 November 1935 itu telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun 1950-an hingga 1970-an.

Baca: Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia

Dilahirkan di Taiping, Perak, nama Jins kini terpahat sebagai antara legenda seni tempatan yang pernah gigih dalam menyumbangkan usaha dan tenaganya terhadap pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.

Ramai mungkin tidak tahu Jins pernah melanjutkan pengajian di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Sejak 1956, Jins telah melibatkan diri dalam 40 filem termasuk mendukung watak utama dalam pementasan drama Mencari Kedamaian dan menjadi watak utama filem arahan P. Ramlee, Pancha Delima pada 1957.

Allahyarham juga pernah memegang watak utama sebagai ejen perisik Jefri Zain dalam siri filem Hong Kong ala James Bond. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat diadakan oleh P. Ramlee.

Jins akhirnya terpilih apabila diterima sebagai pelakon tambahan. Daripada sekadar memegang watak sampingan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan seni lakonan langsung dari P. Ramlee.

Untuk rekod, P.Ramlee amat sukar menerima tawaran belakon daripada pengarah yang lain, tetapi penghormatan ini telah diberikan kepada Jins untuk berlakon di dalam filem Bukan Salah Ibu Mengandung pada 1969.

Perkahwinannya yang pertama bersama-sama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Jefri yang kini menetap di Singapura.

Namun, jodoh mereka berdua tidak lama apabila kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing pada tahun 1963. Sedekad selepas itu, Jins berkahwin pula kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah.

Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim. Beliau pernah menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

Pada 24 Mac 2010, Jins Shamsuddin menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23 UUM. Pada Februari 2011 Jins telah disahkan mengalami Alzheimer.

Antara filem lakonan allahyarham ialah:

  • Siri `James Bond Malaya’, memegang watak sebagai Jefri Zain dalam filem Jurang Bahaya
  • Matahari – (1951) – (Pelakon Utama)
  • Kasih Sayang – (1957) – (Pelakon Pembantu)
  • Pancha Delima – (1957) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Suria Kencana
  • Azimat – (1958) – (Pelakon Pembantu)
  • Sarjan Hassan – (1958) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Aziz
  • Anak Pontianak – (1958) – (Pelakon Utama)
  • Dandan Setia – (1959) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Tengku Dandan Setia
  • Filem Samseng – (1959) – (Pelakon Utama)
  • Lela Manja – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Megat Komen
  • Putera Sangkar Maut – (1960) – (Pelakon Utama)
  • Megat Terawis – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Megat Sari
  • Pertarongan – (1960) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Tamir
  • Sumpah Wanita – (1960) – (Pelakon Utama)
  • Si Tanggang – (1961) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Tanggang
  • Indera Bangsawan – (1961) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Indera Bangsawan
  • Neracha – (1962) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Rahman
  • Lubalang Daik – (1962) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Sinkip Anak Juragan Bagus
  • Batu Durhaka – (1962) – (Pelakon Utama)
  • Darah Muda – (1963) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Yazid
  • Budi dan Dosa – (1963) – (Pelakon Utama)
  • Bidasari – (1964) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Tengku Indera
  • Sayang Si Buta – (1965) – (Pelakon Utama)
  • Gerak Kilat – (1966) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Jefri Zain
  • Kacha Permata (1966) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Hamzah
  • Bayangan Ajal – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Jefri Zain
  • Kanchan Tirana – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Kanchan
  • Amok Tok Nading – (1968) – (Pelakon Utama)
  • Jurang Bahaya – (1968) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Jefri Zain
  • Miang-Miang Keladi – (1968) – (Pelakon)
  • Bukan Salah Ibu Mengandong – (1969) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Agu
  • Di Belakang Tabir – (1970) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Osman / Karim
  • Menanti Hari Esok – (1977) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Cikgu Talib / Jalil
  • Esok Masih Ada – (1980) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai ASP Zamri)
  • Tiada Esok Bagimu – (1980) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Ghailan
  • Bukit Kepong – (1981) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Sarjan Jamil Md Shah
  • Esok Untuk Siapa – (1982) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Jiman
  • Ali Setan – (1985) – (Pelakon Pembantu) – Watak Sebagai Tan Sri
  • Kroath – (1990) – (Artis Jemputan) – Watak Sebagai Kumar’s
  • Memory – (1991) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai Herman
  • Balada – (1993) – (Artis Jemputan)
  • Money No Enough – (1998) – (Artis Jemputan)
  • The Deadly Disiple – (2001) – (Artis Jemputan)
  • 1957 Hati Malaya – (2007) – (Pelakon Tambahan) – Watak Sebagai (Sultan Johor)
  • Akhirat – (2008) – (Pelakon Pembantu) – Watak Sebagai (Dato’ Shamsudin)
  • Miss You Like Crazy – (2010) – (Artis Jemputan) – Watak Sebagai (Datuk Mir’s)
  • Bukit Kepong Versi Digital HD – (2015) – (Pelakon Utama) – Watak sebagai (Sarjan Jamil Md Shah)

Pada 1969, filem pertama arahannya “Bukan Salah Ibu Mengandong” telah menjulang namanya sebagai penulis lakon layar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka.

Kerjaya allahyarham ketika melangkah ke akhir 1970-an hingga awal 1990-an:

1970: Di Belakang Tabir
1977: Menanti Hari Esok
1979: Esok Masih Ada
1979: Tiada Esok Bagimu
1981: Bukit Kepong
1982: Esok Untuk Siapa (Pendigitalan semula)
1985: Ali Setan
1993: Balada

Siri filem “Esok” ini mendapat sambutan hebat di pawagam. Jins juga berbakat dalam penulisan lirik, salah sebuah lirik lagu ciptaannya adalah lagu raya lagenda yang didendangkan oleh Fazidah Joned iaitu Selamat Hari Raya.

Antara penghargaan yang pernah diterima allahyarham ialah;

Anugerah Seniman Negara pada tahun 2009

Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-18 pada tahun 2004 di

Arena of Stars, Genting Highlands

Pesta Filem Asia ke-26 di Bali, Indonesia (1980): filem “Esok Masih Ada” lakonan dan arahannya telah memenangi Anugerah Mitra bagi Tema Terbaik yang menganjurkan perpaduan kaum.

Tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga untuk filem peperangan, “Bukit Kepong” (1981), sebuah filem tulisan, lakonan dan arahannya;

“Silver Crane Award” dalam Pesta Filem Asia Pasifik (1987);

Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri “Pesta Filem Asia Pasifik”;

Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem yang berjudul “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002. Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu;

Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990);

Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1990);

Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia (1999).

Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007) -MYEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyqRmk

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.