Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jentera Perlumbaan Sebenar Lexus RC F GT3 Bakal Membuat Penampilan Di Geneva Motor Show 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jentera Perlumbaan Sebenar Lexus RC F GT3 Bakal Membuat Penampilan Di Geneva Motor Show 2017

Lexus RC F yang di bina untuk pelbagai perlumbaan di seluruh dunia – Lexus RC F GT3 – bakal membuat kemunculan pada Geneva Motor Show 2017 yang bakal berlangsung bulan ini. Jentera berkenaan akan ditampilkan tanpa sebarang livery perlumbaan, dan mendedahkan sebahagian besar badannya yang dibina menggunakan material gentian karbon.

Berbanding model jalan raya biasa, RC F GT3 menampilkan kit aero yang jauh lebih agresif termasuk spoiler dan splitter pada bahagian hadapan, kit badan lebih lebar, serta sayap dan diffuser belakang bersaiz gergasi.

Di Amerika, RC F GT3 bakal berlumba dalam kelas GTD pada siri perlumbaan Kejuaraan WeatherTech SportsCar di bawah seliaan pasukan 3GT Racing. Di Jepun pula, dua buah jentera ini bakal berlumba dalam kelas GT300 pada Kejuaraan Super GT, dikendalikan oleh pasukan LM Corsa. Manakala di Eropah, ia akan berlumba pada siri perlumbaan GT3 bersama dua pasukan berbeza iaitu Farnbacher Racing dan Emil Frey Racing.

Pembinaan jentera ini diasaskan dari model standard RC F, dijana enjin 5.4 liter V8 berkuasa lebih dari 500 hp (versi biasa dijana oleh enjin 5.0 liter V8 berkuasa 467 hp/527 Nm). Kuasa dihantar ke gandar belakang menerusi kotak gear enam-kelajuan sequential. Ia juga dibina lebih ringan dengan berat keseluruhan 1,300 kg, berbanding model standard dengan berat 1,795 kg.

Selain dari maklumat ini, tiada lagi perincian lain yang didedahkan oleh Lexus. Lexus RC F GT bakal muncul ke pentas di Geneva bersama model baharu LS 500h yang turut membuat kemunculan sulungnya pada peringkat global.

[embedded content]

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSBSBE

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.