Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semua ini satu pembohongan ! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semua ini satu pembohongan !

SEMUA INI SATU PEMBOHONGAN !

Al-kisahnya pagi tadi bersama-sama Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed di Rancangan Assalamualaikum TV-Alhijrah. Perkongsian informasi berkaitan kecederaan ACL serta produk yang menjanjikan penyembuhan hanya dengan menyapu atau menggosok ubat secara luaran.

SEMUA INI SATU PEMBOHONGAN !

Saya sendiri mengalami kecederaan ACL dan sudah menjalani pembedahan untuk ganti ligamen yang putus. Tiada ubat sapu atau gosok yang mampu menyambung semula ligamen yang koyak atau putus itu.

Ubat-ubat untuk sapu dan gosok ini sebenarnya adalah “Linement” sahaja. Ia cuma memberi kelegaan dan sedikit kesan tahan sakit pada kawasan yang disapu atau digosok.

Antara ramuan dalam liniment adalah “counterirritant” berfungsi dengan memberi kesan kerengsaan kecil pada kawasan yang disapu dan menyebabkan kesan kelegaan pada sakit di situ. Contohya; Methyl Salicylate, Menthol, Camphor, Capsaicin.

Satu lagi bahan adalah “Rubeficient” yang berfungsi menyebabkan salur darah di kawasan yang di sapu mengembang dan meningkatkan aliran darah di situ. Contohya; Clove, Garlic, Zingiber, Horseradish, Papermint. Selalunya bahan-bahan ini akan dilabelkan menggunakan nama saintifik tumbuhan ini.

Bahan-bahan lain yang mungkin akan dicampurkan adalah seperti preservative, disinfectant, thickener, deodorant atau lubricant.

Daripada bahan-bahan yang saya sebutkan di atas tiada satu pun yang berupaya menyambungkan ligamen yang putus hanya dengan menyapu/menggosok ubat di kawasan lutut yang mengalami kecederaan ACL.

Rujuk pakar orthopaedic dan pakar perubatan sukan. Biarkan mereka melakukan atau mengesahkan diagnosis tepat kecerderaan yang berlaku serta cadangan rawatan yang sesuai.

Alhamdulillah selepas pembedahan lutut saya, saya mampu bersukan seperti dahulu kala. Betul kata Dr Ahmad Mahyuddin, kalau tidak mahu buat physiotherapy jangan buat pembedahan. Menjalani sesi physiotherapy sangat penting untuk menguatkan otot-otot di sekeliling lutut agar memberi sokongan tambahan dan menguatkan otot kita semula

Oleh itu jangan mudah tertipu atau terpedaya dengan ubat sapu atau gosok yang menjanjikan penyembuhan kecerderaan ACL atau penyembuhan arthritis. Ia cuma liniment sahaja. Jadilah pengguna yang bijak, banyak jenis liniment di pasaran yang lebih murah daripada produk-produk “PEMBOHONG” ini yang berharga RM70-150 sebotol.

Cuba baca label pada produk yang anda beli atas talian atau media sosial seperti yang saya katakan ini. Cuba lihat betul tak isi kandungannya adalah seperti yang saya sebutkan di atas. Ia cuma liniment 😆 a.k.a minyak gosok or minyak panas sahaja.

Hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1 800 88 6722 (Isnin-Jumaat 8am -5pm) jika ada sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa

The post Semua ini satu pembohongan ! appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSOybL

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.