Hi! Welcome Back and Stay Tune! Niantic Mengumumkan 88 Billion Pokemon Telah Ditangkap Pemain Pokemon GO Dan Versi Ingress Terbaru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Niantic Mengumumkan 88 Billion Pokemon Telah Ditangkap Pemain Pokemon GO Dan Versi Ingress Terbaru

“Harus menangkap semua!”. Ini ialah motto paling dikenali dari siri animasi Pokemon. Apabila permua Pokemon GO dilancarkan tahun lalu, jutaan peminat Pokemon berharap akan dapat menangkap kesemua haiwan maya di dalamnya. CEO Niantic telahpun mendedahkan jumlah Pokemon yang berjaya ditangkap pemain permua popular ini.

Pokemon Go

Menurut beliau sebanyak 88 Billion Pokemon pelbagai jenis berjaya ditangkap. Pemain juga sudah berjalan sejauh 8.7 Billion kilometer dan menghabiskan 99 Petabyte data selular bagi mencapai angka menakjubkan ini. Sebagai perbandingan jarak di antara Bumi dan Pluto ialah 7.5 Billion kilometer. Aplikasi telah dimuat turun sebanyak 650 Juta kali. Sepanjang 2017 tiga lagi kemaskini akan diberikan kepada Pokemon GO bagi menambah mod permainan baru.

Henke turut menambah pihak Niantic sedang membangunkan versi baru permua AR Ingress. Ingress ialah permainan yang menjadi asas kepada Pokemon GO. Versi terkini ini mensasarkan pelancaran menjelang penghujung tahun. Bagi peminat kedua-dua permua ini, tahun 2017 ialah tahun yang akan memastikan anda akan terus melekat pada peranti seperti teritip.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lbiEIR



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.