Fauzi Gundah Dalam Ceria
PENGENDALI Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Fauzi Pilus masih diselubungi rasa gundah dengan prestasi anak buahnya. – Foto Perak Today
MELAKA: Walaupun menang dengan jaringan 5-4 mengatasi ATM di Tanjung Malim semalam, pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Fauzi Pilus masih diselubungi rasa gundah dengan prestasi anak buahnya.
Beliau gembira apabila pasukannya mampu meledak lima jaringan tetapi pada masa sama bimbang kerana benteng pertahanan masih longgar hingga membolehkan tuan rumah menghasilkan empat gol.
Menurutnya, walaupun menang tipis, ia cukup untuk menambah mata, sekali gus mengejar peneraju liga Negeri Sembilan dan Terengganu, selepas PDRM mengalami tiga kekalahan di luar jangkaan sebelum ini.
“Saya mahukan sentuhan peledak lebih berbisa pada aksi berdepan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini. Namun, prestasi pemain pertahanan perlu diperkemas terlebih dulu supaya tidak mudah dibolosi
“Sepatutnya, jumlah jaringan besar ATM mampu dihalang sekiranya pemain lebih fokus terutama di benteng pertahanan sambil dibantu barisan tengah,” katanya.
Sehubungan itu, dia akan memberi tumpuan kepada strategi ketika bertahan dalam sesi latihan menjelang pertemuan berdepan JDT II, sambil turut menggarap corak gerakan lebih kemas dan tersusun ketika menyerang dan melakukan percubaan ke gawang.
PDRM kini berada di tangga keempat carta dengan 12 mata daripada tujuh perlawanan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m70vuG✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment