Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Pusat Beli-belah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Pusat Beli-belah

SINGAPURA – Tindakan seorang remaja lelaki yang mahu melakukan aksi ngeri di sebuah pusat beli-belah mengundang padah apabila mangsa terjatuh dari tingkat empat, lapor The New Paper. 
Dalam kejadian Sabtu lalu di Orchard Central, Jonathan Chow, 17, pada awalnya meminta rakan perempuannya, Ruth, untuk merakam videonya berjalan di atas struktur yang kelihatan seperti konkrit, mempunyai keluasan lebih kurang lima kaki berhampiran penghadang kaca kawasan itu. Malah, Jonathan juga turut mengajak Ruth berbuat demikian selepas dia selesai melakukannya. 
Malangnya, sangkaan mereka berdua meleset di mana struktur itu adalah papan plaster untuk hiasan sahaja dan tidak mampu menampung berat seorang manusia. 
Tanpa berfikir panjang, Jonathan terus melompat ke atas struktur tersebut yang kemudiannya pecah menyebabkan mangsa terjatuh dari ketinggian empat tingkat. 
Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. 

[embedded content]

Beberapa hari kemudian, bapa mangsa, Matthew Chow, pergi ke tempat kejadian yang meragut nyawa anaknya itu dan berjumpa dengan pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan.
“Struktur hiasan itu cukup luas dan kelihatan seperti laluan. Namun tiada sebarang tanda amaran daripada menghalang pengunjung melompat/berjalan di atasnya,” katanya yang menggesa pihak pengurusan pusat beli-belah itu mengambil tindakan segera. 
“Saya tidak mahu kejadian yang menimpa anak saya berlaku pada keluarga yang lain,” katanya. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m74lnY

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.