Doogee Bakal Hadir Dengan Telefon Menggunakan Cip Helio X30, Dan Memori 8GB RAM
Doogee merupakan salah satu jenama dari China yang menawarkan produk mereka di Malaysia. Pelbagai jenis peranti ditawarkan – tetapi kebanyakkannya adalah berspesifikasi pertengahan atau rendah.
Kini, di Mobile World Congress, pihak Doogee memperlihatkan yang mana mereka bakal hadir dengan sebuah telefon pintar berkuasa tinggi pada tahun ini.
Nama peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, pihak Doogee telah berkongsi spesifikasi yang bakal dibawakan olehnya.
Antaranya adalah peranti ini bakal menggunakan cip MediaTek terbaru berasaskan teknologi 10nm, iaitu Helio X10. Peranti baru ini juga bakal menggunakan memori 8GB RAM, ruangan storan sehingga 256GB, skrin bersaiz 5.7-inci dengan sokongan paparan 2K, dan bateri berkapasiti 4050mAh.
Doogee turut mengatakan ia bakal dilengkapi dwi-kamera hadapan gabungan 16MP+16MP, serta kamera belakang 21-megapixel.
Dari segi spesifikasi, ia tampak menarik. Tetapi seperti biasa, semuanya bergantung kepada rekaan peranti berkenaan, selain pengoptimasian pada bahagian perisian.
Sama-sama kita nantikan apakah kejutan pihak Doogee kelak melalui peranti ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ms8eoa✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment