Mengapa Jerman Mempunyai Jumlah Gedung IKEA Paling Banyak Di Dunia?
Hari ini di Jerman sahaja terdapat 45 buah gedung Ikea. Purata setiap negeri mempunyai 2-3 cawangan dan di ibu negara Berlin sahaja terdapat 4 buah Ikea.
Jerman merupakan negara yang paling banyak mempunyai gedung Ikea di dunia. Negara besar seperti Amerika mempunyai 44 buah gedung Ikea, China hanya 19, India belum ada – perancangannya akan dibuka tahun ini di Hyderabad.
Di Russia ada 14, di UK ada 20 dan Perancis ada 33 buah gedung Ikea ini. Di negara lain terdapat antar 1-8 buah Ikea setiap satu.
Negara asalnya Sweden hanya mempunyai 20 buah sahaja.
Untuk negara Jerman yang mempunyai penduduk seramai 80 juta berbanding Amerika seramai 319 juta, 50 buah gedung Ikea adalah sangat banyak. Gedung Ikea di buka di Jerman seawal tahun 1974 di Eching, Munich dan tahun 1975 di Godorf, Cologne.
Kenapa banyak sampai macam tu sekali?
Orang Jerman suka perabut Ikea. Mereka suka pasang sendiri. Lagipun kos buruh untuk memasang atau custom kabinet atau perabut adalah mahal. Mereka suka rekabentuk yang mudah dan praktikal. Selain itu, barang Ikea adalah sangat murah (bagi orang Jerman) lalu mereka boleh berganti perabut setiap tahun.
Gedung Ikea sentiasa dipenuhi pelanggan setiap hari terutamanya di hujung minggu. Sama sahaja seperti di Malaysia.
Namun ada juga yang berbeza. Adab ketika membeli belah dan makan minum sentiasa terjaga. Biarlah sesesak mana sekalipun ketika menjelang Krismas contohnya, keadaan ruang pamerannya tidaklah berselerak dan kucar kacir. Tak nampak pula orang buat macam rumah sendiri.
Ruang restoran tetap bersih dan kemas walaupun orang ramai ya amat. Tiada pekerja bangla untuk mengemas pinggan mangkuk, angkut tray, lap meja dan sebagainya. Semuanya diorang buat sendiri. Budak-budak pun kemas pinggan dan tray sendiri.
Tak perlu pun Ikea tampal notis kat meja “sila kemaskan meja selepas makan” atau notis besar “kenapa perlu kemas meja sendiri” macam di negara kita ni.
Pelanggan yang berkeluarga sentiasa diberi keutamaan oleh pelanggan lain untuk dapat duduk terlebih dahulu. Pelanggan lain sentiasa segera menghabiskan hidangan bagi memberi peluang kepada orang lain pula untuk makan.
Tak nampak yang angkut gula dan krimer bawak berdozen-dozen bawak balik. Tak nampak yang angkut pensil segenggam dua masuk dalam beg untuk anak-anak dirumah.
Di kaunter pembayaran pula siap ada lorong khas untuk pelanggan scan barangan dan bayar sendiri dengan kad. Tak ada orang jaga pun.
Kita ada 2 IKEA. Dan korang tahulah kan macamana rupanya kan?
Orang kita ni istimewa.
Bila nak mengemas usai makan, kita dipandang serong.
“Ehh jangan poyo nak kemas sendiri pulak”
“Kita dah bayar mahal, gst dan servis charge”
“Nanti orang tu makan gaji buta kalau kita kemas sendiri”
Bila kita dah selesai makan dan ada orang lain datang berdiri tepi meja, kita buat bodo sahaja.
“Carilah meja lain, kita belum puas bersembang”
Dan macam-mcam lagi.
Bila ditegur kenapa tak kemas meja atau kenapa tak bangun dan bagi orang lain pula duduk?
“Ada aku kesah” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m7pwWM✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment