Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kepincangan Dalam DAP Bukan Salah BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kepincangan Dalam DAP Bukan Salah BN

Spread the love

MELAKA – DAP diingatkan supaya tidak menyalahkan Barisan Nasional (BN) bagi sebarang kepincangan dan masalah dalaman parti itu sehingga menyebabkan anggota dan pemimpinnya keluar parti.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan keluar parti itu, yang membabitkan 182 anggota DAP negeri ini semalam, jelas menunjukkan DAP bukan lagi sebuah parti yang diyakini masyarakat Cina.

“Jangan tuding jari…atau kaitkan pihak kerajaan atau BN kerana kami tidak ada kena mengena dalam urusan (perbalahan DAP) ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Semalam akhbar melaporkan 182 anggota DAP Melaka keluar parti selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jak Wong, ADUN Kesidang Chin Choon Seong dan Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berbuat demikian pada 12 Feb lepas.

Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata tindakan keluar parti anggota dan pemimpin DAP itu jelas menunjukkan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan parti berkenaan.

“Mereka yang keluar DAP ingin memberitahu masyarakat supaya jangan buat kesilapan sekali lagi memilih pemimpin sedia ada sebagai wakil rakyat kerana ia boleh merosakkan masa depan rakyat di Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pergolakan dalam DAP memberi peluang cerah kepada BN untuk merampas semula kerusi pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mZspda

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.