Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komputer Riba Dibuang Di Luar Kedutaan Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komputer Riba Dibuang Di Luar Kedutaan Korea Utara

Spread the love

KUALA LUMPUR – Beberapa peralatan komputer merupakan antara barang yang didapati dibuang di luar Kedutaan Korea Utara di sini yang menjadi tumpuan media sejak kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Tiga komputer riba dan satu CPU itu ditemukan dalam keadaan rosak bersama sampah lain seperti botol minuman keras, kotak makanan segera dan bekas bunga.

Tidak dapat dipastikan bila kesemua barangan itu diletakkan di luar kedutaan berkenaan atau siapa pelakunya.

Media tempatan dan luar negara masih berkumpul di luar kedutaan di Bukit Damansara itu dengan beberapa anggota polis dilihat berkawal di kawasan sekitar.

Hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang tegang berikutan pembunuhan Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb.

Beliau meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital selepas mukanya disapu dengan bahan kimia, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX
semasa menunggu penerbangan ke Macau.

Dua wanita telah didakwa atas pertuduhan membunuh. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nrS62L

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.