Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Didakwa Sebabkan Kematian Anak Perempuan Tiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Didakwa Sebabkan Kematian Anak Perempuan Tiri

Spread the love

KUALA LUMPUR – Seorang bekas koperal polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak perempuan tirinya, dua tahun lepas.

Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Hakim Azian Othman.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Hanis Amanda Mohd Zafil, yang berusia dua tahun, dengan mengetahui bahawa perbuatan dan tindakannya mungkin menyebabkan kematian kanak-kanak itu di sebuah kondominium di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini pada 3 petang, 6 Nov 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu sebagai orang yang mempunyai penjagaan seorang kanak-kanak perempuan (mangsa sama), dia telah menganiaya kanak-kanak itu dan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal mengikut Seksyen 31(1)(a) dan 31(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi Seksyen 31(1)(a), tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya manakala Seksyen 31(2)(a) membawa hukuman bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang difikirkan oleh mahkamah, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam dan menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi.

Kes menyayat hati itu dilaporkan media pada November 2015 yang membawa kepada pembukaan akaun Facebook atas nama “Keadilan Untuk Amanda”.

Kisah itu kembali tular dan mendapat perhatian netizen pada Khamis lepas setelah satu status menuntut keadilan kanak-kanak itu dimuat naik di akaun tersebut. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mCFrMz

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.