Model Konsep Infinti Q60 Project Black S Didedahkan Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Di Geneva 2017
Infiniti telah mendedahkan imej awalan model konsep Q60 Project Black S yang bakal membuat kemunculan sulung di Geneva Motor Show 2017. Model ini dibina oleh Infiniti bersama pasukan Formula 1 Renault, untuk meninjau penerimaan orang ramai terhadap model coupe Q60 yang dipertingkatkan dan berpotensi dijelmakan dalam bentuk produksi serta dilancarkan selepas ini
Pada bahagian luar, model ini kelihatan jauh lebih agresif dari model standard. Bahagian hadapan menerima bampar yang direka semula dengan liang kemasukan udara yang lebih dalam, splitter udara yang diperbuat dari gentian karbon dan juga liang udara pada bonet.
Kesemua ruang roda juga turut dilebarkan serta diberikan skirt sisi yang lebih menyerlah. Bagi memadankan bampar hadapan serta bahagian sisi yang kini lebih lebar, Q60 Project Black S diberikan bampar belakang yang disertakan diffuser yang begitu agresif dan turut menempatkan dua tip ekzos besar pada bahagia tengah. Ia turut diberikan spoiler yang agak besar.
Bagi mendemonstrasikan penyertaan Infiniti dalam pasukan Formula 1 Renault, unit janakuasa untuk model ini dihasilkan menerusi teknologi perlumbaan tersebut. Ia bakal menampilkan unit janakuasa hibrid yang menampilkan sistem pemulihan tenaga kinetik (KERS) seperti yang digunakan oleh pasukan F1 Renault.
Sistem berkenaan menampilkan pek bateri dan motor yang mampu mendapatkan, menyimpan serta membebaskan semula tenaga yang diperolehi dari haba sistem brek dan juga ekzos. Menurut Infiniti, teknologi sedemikian masih lagi belum digunakan pada mana-mana kereta versi jalanraya biasa.
Tiada perincian berkenaan kuasa yang bakal dihasilkan. Model standard Q60 varian tertinggi 3.0t Red Sport yang berada dalam pasaran buat masa sekarang menghasilkan kuasa 400 hp/475 Nm dari enjin V6 3.0 liter turbo dan menurut Autocar, sekiranya ia menerima sistem hibrid yang dinyatakan tadi berkemungkinan jentera baharu ini mampu menghasilkan kuasa sekitar 500 hp.
Infiniti bakal mendedahkan lebih banyak lagi perincian berkenaan Q60 Project Black S ini selepas ia didedahkan di Geneva nanti.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mJEy6j✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment