Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nicol Akhiri Kemarau 15 Bulan Gelaran Jelajah Dunia PSA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nicol Akhiri Kemarau 15 Bulan Gelaran Jelajah Dunia PSA

Spread the love

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mengakhiri kemarau 15 bulan gelaran dalam Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas muncul juara kejohanan sulung Ciudad de Floridablanca di Colombia pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Nicol yang kali terakhir muncul juara di Terbuka Hong Kong pada Disember 2015, menunjukkan penguasaan gelanggang yang baik untuk menewaskan Olivia Blatchford dari Amerika Syarikat 11-3, 11-4, 11-8 dalam pertarungan selama 70 minit.

Walaupun perlawanan dihentikan selama 40 minit pada kedudukan 6-6 di set ketiga akibat hujan, ia tidak mampu menyekat Nicol untuk menambah gelarannya dalam jelajah dunia kepada 81.

Juara dunia lapan kali itu jelas gembira mengakhiri penantian gelaran selama lebih setahun.

“Memang perasaannya cukup hebat untuk kembali muncul juara selepas sekian lama. Ia begitu istimewa untuk saya menjadi juara pertama di Floridablanca dan ini pasti mendapat tempat di hati saya.

“Terima kasih kepada penduduk Floridablanca, ia adalah minggu yang istimewa kepada semua pemain,” kata Nicol, 33, seperti dipetik dalam lam web PSA www.psaworldtour.com. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nrPWzO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.