Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu Van Didakwa Sebabkan Kematian Menerusi Tindakan Melulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu Van Didakwa Sebabkan Kematian Menerusi Tindakan Melulu

SINGAPURA: Pemandu van yang merempuh sembilan motosikal di Lebuh Raya Bukit Timah (BKE) Sabtu lepas dihadapkan di mahkamah Singapura hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian menerusi tindakan melulu.

Portal TODAYonline.com melaporkan Koh Boon Ping, 24 yang menghadapi dua pertuduhan, didakwa gagal mengawal kenderaannya dengan baik sehingga menyebabkan kematian rakyat Malaysia Loke Whay Mam, 50 dan Lim Chun Hong, 34.

Kemalangan berlaku kira-kira 3.30 petang Sabtu di BKE menghala Woodlands selepas susur keluar Lebuh Raya Seletar (SLE).

Jika disabitkan kesalahan, Koh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan, demikian menurut laporan portal itu.

Laporan menyebut tiada pengakuan direkodkan daripada Koh kerana polis masih memerlukan masa untuk menyemak semula kes yang akan disebut semula pada 27 Mac itu.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin S$15,000 (S$1=RM3.14). — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2miejz4

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.