Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong Liverpool Berpeluang Main Di Anfield - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong Liverpool Berpeluang Main Di Anfield

KUALA LUMPUR: Penyokong Liverpool FC (LFC) kini berpeluang bermain di Stadium Anfield, iaitu gelanggang keramat pasukan bola sepak itu menerusi satu pertandingan dianjurkan Malaysia Airlines.

Syarikat penerbangan negara itu mencari 18 pemain bola sepak berbakat bagi membentuk dua pasukan yang akan dikendalikan sendiri oleh legenda LFC.

Pertandingan itu terbuka kepada individu lelaki berusia 18 tahun dan ke atas dari Malaysia, selain United Kingdom, Jepun, China, Korea dan ASEAN.

Bagi menyertainya, mereka perlu menyediakan satu video berdurasi tidak lebih 60 saat menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing.

Peserta juga perlu menyatakan mengapa beliau adalah peminat utama LFC, dan meletakkan hashtag #MalaysiaAirlines dan #TakeMeToAnfield, mengisi borang serta memuat naik video itu di http://ift.tt/2mi3Pjq.

Seramai 18 pemenang kemudian akan diterbangkan ke Liverpool bagi mengikuti lawatan eksklusif Stadium Anfield, sebelum mengikuti sesi latihan di Akademi LFC sebagai persiapan menghadapi perlawanan antara mereka.

Pertandingan itu bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Arved von zur Muehlen, berkata pemenang akan dipilih berdasarkan kemahiran dan kreativiti, selain diberi peluang menyertai klinik bola sepak dikendalikan jurulatih LFC di Anfield.

“Kami teruja menganjurkan pertandingan peringkat global ini kerana dapat memberi peluang seumur hidup kepada penyokong LFC dan peminat bola sepak lain, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mi8EsO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.