Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: Davies Minta Rakan Tak Gentar Dengan JDT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: Davies Minta Rakan Tak Gentar Dengan JDT

KAPTEN skuad Tok Gajah, Matthew Davies. – Foto Luqman Hakim Zubir

KUANTAN: Pasukan Pahang perlu lebih bersedia mental dan fizikal apabila bertemu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir Piala FA yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Kapten skuad Tok Gajah, Matthew Davies berkata, kelebihan yang dimiliki pasukan lawan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mereka melakukan kejutan besar nanti.

Pemain kelahiran Australia itu berkata, kekalahan 2-3 mereka kepada skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Super lalu juga tidak seharusnya terus menghantui pasukan itu lagi.

“Persembahan meyakinkan pada saingan Liga Super selain melangkah ke suku akhir Piala FA dengan menundukkan Melaka United (MU), 2-0 minggu lalu, diharap dapat memberikan suntikan semangat untuk meneruskan kemaraan.

“Saya menjangkakan saingan sengit akan dipersembahkan kedua-dua pasukan biarpun peluang adalah sama iaitu 50-50,” katanya.

Davies yang beraksi di posisi pertahanan, turut memberi jaminan akan terus memastikan kubu Tok Gajah lebih kebal dengan sokongan daripada rakan sepasukan.

“Kami tidak akan membiarkan lawan mengambil kesempatan dan terus memastikan kemenangan selesa diraih pada aksi pertama di laman sendiri itu nanti,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Kali terakhir Pahang menjulang Piala FA adalah pada 2014, ketika ia dibimbing oleh Zainal Abidin Hassan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nf6uPB

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.