Piala FA: Kedah Buat Skuad Yob Gigit Jari
MOHD Hafiz Kamal (kanan) bersaing mendapatkan bola dengan pemain import Kedah, Sandro Da Silva Mendoca dalam saingan Piala FA di Stadium Perak. – Foto Muhaizan Yahya
IPOH: Juara Piala Malaysia, Kedah terus mempamerkan keunggulannya musim ini apabila menewaskan Perak 2-0 dalam saingan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
Kemenangan itu sekali gus membolehkan pasukan bimbingan Tang Cheng Hoe itu mara ke suku akhir.
Jaringan kemenangan skuad Helang Merah diperoleh masing-masing menerusi Zachary Michael Anderson pada minit ke-28 dan Ken Ilso Larsen dua minit sebelum babak pertama berakhir.
Walaupun Perak cuba bangkit pada babak kedua tetapi ia tidak mencukupi bagi menggugat pelawat hinggalah wisel penamat dibunyikan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mN0jBs✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment