PM Najib Tidak Lupakan Dasar Lama Kerajaan – Shahrir
JOHOR BAHRU: Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menyangkal dakwaan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melupakan segala dasar lama kerajaan yang selama ini terbukti menguntungkan rakyat.
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abd Samad, sebaliknya berkata dasar-dasar itu secara umumnya masih ada, namun diberi nafas baru oleh Perdana Menteri, sesuai dengan perubahan semasa.
“Negara kita sudah berubah, bukan lagi sebuah negara pertanian, sebaliknya negara yang menitikberatkan pelbagai sektor antaranya perkhidmatan dan sudah tentu dasar-dasar yang digubal turut berubah termasuk dasar untuk menggalakkan pelaburan asing,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Projek Pendidikan Bersepadu Yayasan Bandaraya Johor Bahru Sesi 2017 di sini,pada Sabtu.
Shahrir mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ceramahnya di sini, malam tadi, yang mendakwa Najib sudah melupakan serta menolak dasar kerajaan yang selama ini menguntungkan rakyat, termasuk dasar yang diperkenalkan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Menjawab satu lagi dakwaan yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kawasan Felda kini bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) memandangkan sudah ditawan pembangkang, Shahrir berkata: “Sesiapa sahaja boleh bercakap begitu.”
“Masing-masing boleh cakap, boleh menghasut tetapi bagi saya, saya selesaikan masalah kerana saya tahu hasutan tidak akan boleh menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya menimbulkan masalah,” katanya.
Shahrir berkata sebagai Pengerusi Felda, beliau akan terus bekerjasama dengan rakan seperjuangannya yang lain, sama ada di peringkat organisasi mahupun parti, demi melaksanakan tugas masing-masing, sekali gus membuktikan warga Felda bahawa mereka bekerja keras.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lrmuxl✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment