Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Malaysia Selamat, Bebas Bergerak Di Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Malaysia Selamat, Bebas Bergerak Di Korea Utara

Spread the love

KUALA LUMPUR – Kesemua sembilan rakyat Malaysia di Korea Utara berada dalam keadaan selamat dan bebas bergerak di dalam negara itu, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata mereka dapat dihubungi dan kerajaan Malaysia telah berhubung dengan mereka.

“Mereka (rakyat Malaysia di Korea Utara) tidak berada dalam ketakutan. Jangan bimbang, tidak ada sebab untuk dikhuatirkan, apa yang penting mereka dalam keadaan amat selamat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Reezal Merican ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai sembilan rakyat Malaysia di Pyongyang dan tidak boleh meninggalkan negara tersebut di bawah larangan sementara yang dikenakan pihak Korea Utara.

Selasa lalu, Korea Utara melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara tersebut, yang membuatkan Malaysia turut mengambil tindakan sama dengan tidak membenarkan rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini.

Pertikaian diplomatik tercetus antara Malaysia dan Korea Utara susulan tidak ada persetujuan dalam beberapa perkara berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Feb lalu.

Mengenai dua rakyat Malaysia yang berkhidmat di bawah Program Makanan Sedunia, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang dibenarkan meninggalkan Pyongyang ke Beijing pada Khamis lalu, Reezal Merican berkata mereka akan berada di Beijing buat masa ini.

“Mereka masih Beijing. Mereka sedang berkhidmat di bawah program PBB,” katanya dan menambah belum terdapat rancangan bagi kepulangan mereka ke Malaysia. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nusceo

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.