Saya Kisah Orang Suka Cuit Yusuf – Hanis Zalikha
2,356
Hiburan
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mengakui sangat menitik beratkan faktor keselamatan anaknya, Yusuf Iskandar terutama apabila berada di kawasan publik.
Tegas Hanis, 27, kerisauan itu bukan disebabkan status Yusuf selaku anak selebriti tetapi faktor kebersihan dan keselamatan seorang bayi yang masih kecil.
“Memang saya kisah apabila orang suka mencuit anak saya ketika berada di luar rumah. Kalau bukan anak selebriti pun, saya sebagai seorang ibu akan berjaga-jaga daripada berlaku perkara tidak diingini.
“Tetapi saya tidak pernah menghalang peminat bergambar dengan Yusuf, bergantung pada tempat dan keadaan.
“Cuma saya jarang membawa dia ke khalayak ramai, kebanyakan masanya berada di rumah atau di pejabat saya,” katanya yang ditemui pada majlis Tayangan Istimewa Cerita-cerita Didi & Friends di TGV Cinemas, Sunway Velocity, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Yusuf yang kini berusia sembilan bulan sudah memiliki pengikut laman sosial Instagram seramai 1 juta.
Sementara itu, selaku salah seorang daripada selebriti cilik paling popular di Malaysia, Hanis memberitahu dia tidak menggalakkan anaknya bekerja pada usia muda.
“Kami tidak menggalakkan Yusuf bekerja pada usia muda dan kami mendidik dia seperti bayi biasa. Memang ada tawaran untuk menjadi duta produk dan melakukan sesi fotografi, namun kami akan mempertimbangkan terlebih dahulu mengikut kesesuaian masa dan keselesaannya,” tegasnya.
Bagaimanapun pasangan itu tidak menghalang sekiranya Yusuf berminat dalam bidang seni apabila dewasa kelak.
Hanis kini meluangkan lebih waktu membesarkan anaknya. Tambahnya;”Saya mahu melihat dia (Yusuf) membesar di depan mata dan tidak mahu melepaskan peluang itu walau sesaat. Setiap detik bersamanya membuatkan saya rasa gembira.”
Kali terakhir Hanis muncul dalam drama bersiri Ku Tinggalkan Cinta di Okinawa bersama Sharnaaz Ahmad dan Mimi Lana selain mengacarakan program Raikan Cinta.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @theyusufiskandar, IG @haniszalikha
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment