Tertekan Dengan Masalah, Ikuti 8 Tips Menarik Yang Buat Anda Lebih Gembira.
407
Gaya Hidup
Dalam era globalisasi kini, kajian mendapati bahawa 80% pekerja mengalami tekanan dengan tugasan yang dipikul dan separuh daripadanya memerlukan bantuan untuk menanganiya. Berikut merupakan langkah mudah yang boleh dicuba:
1. Ubah Cara Anda Berjalan.
Tahukah anda bahawa cara berjalan juga memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan? Kajian mendapati bahawa dengan berjalan mengikut rentak sambil menghayunkan tangan boleh memberikan anda aura positif. Walaupun anda sedang sedih, dengan cara ini akan membuat anda tersenyum.
2. Kerja Amal
Cuba untuk luangkan masa dengan menyertai aktiviti sukarelawan. Dengan cara ini, anda akan berjumpa insan yang lebih memerlukan dan merubah pemikiran anda kearah yang leebih positif.
3. Cari Kawan Baru
Cara ini adalah amat menyeronokkan kerana anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis perwatakan. Anda bukan sahaja boleh berkawan dengan rakan sepejabat, malah dengan seseiapa yang anda jumpa di taman, pasar, ataupun di gim. Kajian turut membuktikan bahawa lebih ramai kenalan, akan membantu anda lebih gembira.
4. Bersukan
Langkah ini sering diperkatakan oleh kebanyakan pengkaji. Namun tahukah anda bahawa ianya amat membantu anda dalam mempengaruhi mood seseorang. Tidak perlu lama-lama, 5 minit sudah memadai untuk membuang tekanan yang dipikul.
5. Muzik Menceriakan Anda
Muzik sememangnya membantu dalam mengembalikan semangat anda. Jika anda berasa sedih, dengar lagu yang rancak dan mungkin anda boleh menari mengikut rentak lagu. Percayalah, cara ini amat berkesan dalam menukar perasaan seseorang.
Terdapat pelbagai teknik dan cara untuk mengatasi tekanan yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian. Lima tips di atas hanya sebahagian daripadanya.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : WebMD.com
Kredit foto : WebMD.com
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment