Schweinsteiger Sedia Aksi Sulung Di MLS
BASTIAN Schweinsteiger. – Foto AP /Nam Y Huh
CHICAGO: Bintang Jerman, Bastian Schweinsteiger yang tiba di sini semalam, sudah bersedia membuat penampilan sulung di Liga Bola Sepak Major (MLS) bersama Chicago Fire, esok jika namanya disenaraikan.
“Saya berusia 32 tahun. Saya bersedia namun memerlukan lebih banyak sesi latihan bagi mendapatkan rentak yang betul,” kata Schweinsteiger kepada wartawan ketika majlis pengenalan rasminya bersama kelab itu.
“Fikiran saya ketika ini lebih daripada 100 peratus. Saya agak selesa. Sesi agak tegang hari ini dan saya dapat menempuhnya, jadi saya berada dalam keadaan baik.
“Saya melakukan persiapan sebelum saya datang ke sini, sudah tentu, saya memerlukan beberapa hari untuk berlatih namun rasanya saya bersedia tidak kira bila jurulatih mahukan saya,” kata bekas pemain Bayern Munich dan Manchester United itu.
Chicago dijadual bertemu Montreal Impact, esok.
Schweinsteiger yang menjadi antara tonggak utama Jerman memenangi Piala Dunia 2014 mengesahkan perpindahannya ke MLS, minggu lalu selepas bergelut untuk mendapatkan tempat di United.
Mengulas perpindahannya ke MLS yang dianggap agak pantas, pemain tengah itu mengakui tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di Old Trafford.
“Ia bukan mudah kerana keputusan yang dibuat agak lewat, maka saya tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan,” kata Schweinsteiger.
“Mereka juga mengharungi perlawanan di tempat lawan, jadi saya tidak dapat memberitahu mereka kerana tidak mahu mereka fokus terhadap saya. Saya berasa hebat di sana terutama dengan rakan sepasukan dan staf kelab,” katanya – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nzW0rs✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment