Selepas Direnjat Elektrik, Redza Minhat Jatuh Cinta Dengan Siti Saleha
698
Hiburan
Selepas terbabit dalam insiden kemalangan renjatan elektrik, pelakon Redza Minhat jatuh cinta dengan aktres Siti Saleha.
Bibit-bibit percintaan dua pelakon hebat ini dapat disaksikan menerusi telefilem Kekasih Elektrik yang akan ditayangkan di Astro Citra (131) pada jam 9.00 malam ini.
Menurut pengarahnya, Razaisyam Rashid, telefilem ini menampilkan kelainan subjek percintaan dari sudut pandang berbeza.
“Ada banyak cerita bertemakan cinta yang ditonjolkan dari sudut pandangan seorang perempuan. Menerusi Kekasih Elektrik, saya ingin membawa cinta dari sudut pandangan lelaki. Maknanya, cerita cinta yang dipaparkan lebih maskulin,” ujarnya.
Telefilem yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang pada bulan lalu ini bercerita mengenai watak Amri yang dijayakan oleh Redza Minhat. Amri merupakan seorang lelaki yang tidak mempercayai cinta.
Bagaimanapun, perasaan cinta itu kemudiannya datang tanpa sengaja dalam kehidupan Amri selepas dia terbabit dalam insiden kemalangan renjatan elektrik.
Bagaikan penghubung, renjatan elektrik tersebut menghadirkan Puspa lakonan Siti Saleha dalam kehidupan Amri.
Istimewanya, hanya Amri yang mampu memahami Puspa, melayani masalah Puspa dan mengesan aura cinta dalam perhubungan itu.
Selain Redza dan Saleha, telefilem ini turut membariskan Amirul Affendi, Bront Palarae, Beto Kusyairi dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan telefilem Kekasih Elektrik yang akan ditayangkan di Astro Citra (131) pada jam 9.00 malam ini!
Sumber: Utusan
[embedded content]
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mMTTCf✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment