Suami Berbaju Sama Warna Dengan Isteri Petanda Isteri Dominan?
“Elok pulak awak pakai baju warna ni!”
“Ada orang tu sibuk nak pakai baju warna sama pula hari ni.”
Amboi! Cepat saja si dia mengalih usikan mak saudaranya dengan mengusik saya pula.
Nampaknya mak saudaranya pun perasan perubahan itu.
Peach?
Memang selama ini suami saya suka pakaian warna gelap dan suram. Entah kenapa dia boleh membeli warna peach itu pula. Dah beli, tapi tak suka. Sudahnya kemeja itu tergantung lama dalam almari. Haih..saya yang memandang pula terasa sayang!
Pagi tadi saya cuba pujuk dia memakainya dengan alasan mahu memakai warna tema baju yang sama.
Alahai.. isteri memang seronok kalau dapat berbaju sedondon dengan suami.
Tapi saya tahu orang lelaki ada egonya sendiri. Tak suka dipaksa. Tak suka diarah-arah begitu dan begini. So.. let it be!
Pada kebanyakan masa saya biarkan saja suami memilih baju mengikut citarasanya.
Kalau sesekali mahu sedondon pun, saya cuma tiru saja warna baju yang dipilihnya. Saya yang mengikutnya. Bukan dia yang mengikut saya.
Oh.. adakah ini bermakna saya perlu mengorbankan saja semua citarasa saya?
Tentulah tidak! Misalnya pagi tadi, apabila saya memujuknya untuk memakai baju peach itu, mudah pula si dia bersetuju. Sebab? Bukan selalu!
“Bonda Nor bagi tip sikit macam mana boleh pujuk suami pakai baju pink tu…”
Tahun lepas ada yang tanya saya soalan ini bila melihat kami sekeluarga melaram dengan warna tema pink.. termasuklah sang suami – yang jika ikut hakikat sebenarnya, pink baginya adalah warna pilihan terakhir sekali!
Bagaimana saya memujuknya?
Oh.. masa tu saya tak pujuk. Saya hadiahkan saja.. dan hadiah tidak boleh ditolak. He he.
Ceritanya..
Saya teringin pakai baju raya warna pink. Tapi saya tahu suami tidak suka memakai pink. Bagaimana mahu membuat si dia bersetuju tanpa perlu memaksanya?
Mudah. Saya beli baju siap-siap. Pada hari moodnya sangat baik, diam-diam saya letakkan baju itu di dalam almarinya sebagai hadiah. Kemudian, saya panjat katil dan berdoa agar dia tidak marah.
Rupa-rupanya saya tertidur!
Sedar-sedar, saya lihat dia berdiri di depan saya memakai baju itu dengan wajah blurrr..
Ah.. Terus saya bangun mendapatkankannya dan mengucapkan terima kasih. Barangkali kerana melihat wajah teruja saya, dia tidak sampai hati mahu menolaknya. Maka tahun itu, tertunai hasrat saya mahu berbaju raya pink. Happy ending! Alhamdulillah.
Kawan-kawan, kenapa saya ceritakan semua ini? Kerana saya dapati terlalu banyak masalah rumahtangga terjadi dari hal-hal kecil seperti ini.
Isteri SELALU bersungguh walau pun untuk hal yang remeh temeh. Suami pula ego. Malas mahu melayankan permintaan isteri. Sudahnya, ada yang memilih perceraian kerana berasakan tiada persefahaman. Allah.. sakitnya hati bila memikirkan syaitan sedang bertepuk tangan!
Sungguh. Orang perempuan sangat sensitif dan mudah merajuk jika keinginannya tidak dipenuhi. Maka, apa perlu seorang isteri buat agar dapat kurangkan masalah ini?
Kurangkan pengharapan. Jangan suka mengawal keadaan.
Isteri kalau jarang marah, tiba-tiba marah, suami akan menggelabah.
Isteri yang jarang merajuk, tiba-tiba merajuk, suami akan rasa terdesak untuk memujuk.
Isteri yang jarang meminta-minta , bila sesekali dia minta, suami jadi tak sampai hati kalau tak tunaikannya.
Tapi.. kalau isteri memang jenis mengarah itu ini, berleter sepanjang hari, sikit-sikit merajuk, sikit-sikit mengamuk, suami mana yang boleh tahan?
Kalau isteri jenis kuku besi macam ni, janganlah sedih kalau suami malas nak layan. Janganlah hairan kenapa suami jadi kaki perempuan.
Mahalkan rajuk kita, marah kita dan permintaan kita. Baru ada harganya!
Betul. Suami memang ketua rumahtangga, tapi kalau kena dengan strategi dan cara, isteri pun boleh jadi dominan juga! Tanpa buat ego suami tercabar. Tanpa membuatnya hilang sabar.
Oh.. Saya mahu tulis satu buku tentang kisah isteri dominan. Dari sudut pro dan kontranya. Dari pengalaman para isteri yang pernah dikongsikan bersama saya. Dari kacamata saya yang ‘membaca’ beberapa kesilapan mereka.
Mana tahu mungkin ia berguna untuk membantu kita semua melayari alam rumahtangga. Hmmm.. Ada yang mahu baca?
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqlytk✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment