Tips Ayah Ramai Anak
Anak saya sembilan orang. Paling besar 16 tahun dan paling kecil 2 tahun. Kami suami isteri berkerja sendiri. Dulu isteri cikgu, berhenti dan menguruskan perniagaan kecil kami sendiri.
.
Enam orang dari sembilan anak saya adalah perempuan. Mereka rapat dengan puan CEO. Perwatakan anak-anak kita banyak dipengaruhi oleh ibu bapanya. Seronok tengok anak-anak membesar depan mata.
.
Pagi ni saya kongsikan beberapa #TipMakRamaiAnak. Isteri sayalah Zawiyah Saimin hero sebenar dalam menjaga anak-anak ni.
.
1. Subahanallah, Allahukbar, Alhamdulilah. Kami tinggal di kampung. Kami sendiri yang menguruskan anak-anak kami. Tujuh dari sembilan sudah bersekolah. Isteri saya hantar anak-anak 10 kali sehari berulang-alik. Itu pun dah habis masa banyak. Tetapi anak-anak membesar depan mata kami.
.
Kami tak ada pembantu rumah. Dari memasak dan kerja rumah memang isteri saya yang buat. Air tangan ibu ni penting. Bila memasak, berdoalah pada Allah supaya anak-anak kita ni dilembutkan hati dan menjadi anak yang soleh.
.
2. Solat berjamaah penting dirumah. Selepas itu buat usrah seminggu sekali. Dalam tazkirah selalulah nasihatkan anak-anak. Lebih penting bila mereka sudah dewasa. Waktu usrahlah masa paling sesuai, tenang lepas solat untuk menasihatkan anak-anak.
.
3. Selalulah mengaji bersama dengan anak-anak. Buat majlis kecil yassinan setiap malam khamis. Jika saya tak ada outstation isteri saya yang akan pimpin atau anak lelaki saya yang sulung.
.
4. Anak-anak yang tahun peperiksaan pastikan mereka mengaji satu muka sehari. Ini salah satu usaha untuk mereka mudah fokus dan ilmu mudah dapat.
.
5. Sebagai ibu bapa jagalah setiap perkataan yang keluar dari kita. Bersabarlah dan jangan berkecil hati dengan anak-anak jika mereka membuat salah. Inilah biasanya mulanya anak-anak derhaka.
.
Bila anak derhaka, Alllah tak berkat hidup dia. Jadinya nanti susah. Kita ibu bapalah yang jangan cepat melatah. Biasanya saya yang garang pada anak-anak. Tetapi dalam beberapa tempoh saya akan minta maaf dan terangkan perkara sebenar.
.
6. Peluk dan cium anak-anak seberapa kerap yang boleh walaupun mereka sudah dewasa. Doa dalam hati supaya mereka menjadi anak yang soleh. Peluk mereka kerana pelukan itu ada aura positif untuk mereka dan mereka rasa selamat.
.
7. Bila solat malam, solatlah berdekatan dengan anak-anak. bila mengaji, bacalah dengan kuat sedikit. Walaupun mereka masih kecil, lama-kelamaan mereka faham dengan menjalani kehidupan secara islam.
.
8. Saya suka tengok anak-anak bila tidur. ianya menjadi satu kepuasan sebelum saya masuk tidur. Kalau boleh ciumlah mereka masa mereka tidur dan hembuskan sesuatu yang baik di telinga mereka.
.
9. Bila kita selalu berjauhan dengan anak-anak dengan urusan kerja, bila teringat tu kita sedekahkanlah mereka dengan Al-fatihah dan berdoa agar mereka dilindungi dengan segala rintangan yang berat.
.
Kami bukanlah keluarga yang terbaik. Saya cuba kongsikan ilmu keibubapaan kepada sahabat semua. Kami juga sedang belajar. Moganya ada yang boleh diguna pakai. Silakan share jika ilmu ini manafaat kepada semua.
Leave your vote
Upvote Downvote
Total votes: 0
Upvotes: 0
Upvotes percentage: 0.000000%
Downvotes: 0
Downvotes percentage: 0.000000%
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment