Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yang Ditunggu Kang Chol, Yang Muncul Mercedes Dan Wanita Berambut Merah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yang Ditunggu Kang Chol, Yang Muncul Mercedes Dan Wanita Berambut Merah

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan kedutaan membawa seorang individu wanita dilihat memasuki premis kedutaan Korea Utara pada jam 8:05 pagi Isnin.

Kereta Mercedes terbabit adalah yang pertama dilihat memasuki kediaman itu selepas kenderaan terakhir yang didakwa memasuki premis berkenaan pada 10.00 malam Ahad.

Individu wanita yang dianggarkan berusia lewat 50an itu berambut berwarna merah dan memakai pakaian merah gelap.

Dia diiringi pemandu kedutaan memasuki pintu hadapan premis tanpa menoleh ke arah petugas media.

Pada pukul 9.10 pagi, konsulat Korea Utara dilihat meninggalkan kediaman premis berkenaan.

Sebelum itu pada jam 1 pagi media tempatan dan antarabangsa yang berkampung di hadapan kedutaan mendakwa diserang 4 individu warga tempatan.

Individu terbabit yang didakwa dalam keadaan mabuk terlebih dahulu telah cuba merempuh pintu pagar kedutaan sebelum mula memarahi petugas media.

Salah seorang petugas media antarabangsa mendakwa kameranya hampir dibuang salah seorang individu yang berang gambarnya diambil.

“Dia bertindak mengambil tripod yang terlekat pada kamera saya dan mahu menghempasnya.

“Namun kami berjaya mendapatkan semula kamera tersebut, ” katanya.

Situasi itu, katanya hanya berlaku selama 20 minit apabila seorang individu dari luar menenangkan keadaan.

“Ada seorang individu datang meleraikan keadaan dan kami syaki beliau adalah seorang anggota polis berdasarkan susuk tubuhnya,” katanya lagi.

Media tempatan dan antarabangsa telah mula berkampung di hadapan kedutaan Korea Utara selepas pengumuman ‘Persona Non Grata’ diberikan kepada Kang Chol pada Sabtu petang.

Kang Chol yang diberi tempoh sehingga jam 6 petang Isnin untuk meninggalkan negara ini bagaimanapun tidak kelihatan sejak pengumuman itu dibuat.

Menurut seorang jurugambar media antarabangsa, terdapat 4 individu telah keluar dari premis kedutaan pada lewat ahad dan pulang ke kedutaan pada 10 malam.

Beliau yang sempat merakam gambar kenderaan itu berkata, antara 4 individu yang menaiki kenderaan MPV itu dakwanya adalah bekas duta korea utara.

BACA: 35 jam berlalu, kelibat Duta Korea Utara masih tidak kelihatan

Sambungnya lagi terdapat aktiviti didalam premis selepas kepulangan mereka apabila mereka dilihat bermain permainan snoker di anjung premis kedutaan sambil bergelak ketawa.

“Saya agak tersinggung dengan tindak tanduk mereka walaupun saya bukan orang malaysia.

“Mereka seolah-olah mempersendakan kami dan arahan yang dikeluarkan kerajaan Malaysia,” katanya.

Sehingga jam 9 pagi Isnin masih tiada sebarang pergerakan dilihat dari luar pintu kedutaan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2luCqPs

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.