Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zidane Lega Kecekalan Madrid Beri Pulangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zidane Lega Kecekalan Madrid Beri Pulangan

REAL MADRID 2 REAL BETIS 1

Real Madrid menyerlahkan kesabaran sebagai satu nilai terpuji sambil pengurus, Zinedine Zidane, memuji pemain-pemainnya kerana kecekalan mereka meraih kemenangan lewat ke atas Real Betis, semalam.

Ketua pasukan, Sergio Ramos, sekali lagi tampil selaku wira pasukan dengan gol pada minit ke-81 untuk kemenangan 2-1 dalam perlawanan LaLiga di Santiago Bernabeu.

Cristiano Ronaldo lebih dahulu memadamkan kelebihan gol pendahuluan minit ke-24 Betis sebelum rehat dan perlawanan kelihatan akan berkesudahan seri sehingga Ramos melengkapkan satu lagi kemenangan lewat.

Keputusan itu kembali melonjakkan Madrid ke tangga teratas liga berikutan kekalahan 2-1 yang dialami Barcelona di Deportivo La Coruna.

“Penilaian saya terhadap perlawanan adalah sangat baik kerana kami mengutip kesemua tiga mata,” kata Zidane.

“Kami tidak mendapati semuanya berlaku mengikut kemahuan kami tapi itu adalah biasa dan saya gembira.

“Kami perlu mengucapkan tahniah kepada semua pemain kerana kami harus bersabar, keputusan pada akhirnya adalah adil, sekalipun ada ketikanya ia tidak memihak kami.

“Pasukan lawan hanya bermain di kawasan mereka sendiri, mereka bertahan dengan baik dan memberikan kami masalah dalam serangan balas.

“Kami gembira dengan keputusan ini dan harus mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain kerana ia bukan mudah. Tekanannya memang ada, ia tidak berakhir di sini, banyak lagi yang perlu kami hadapi, dan kami tahu itu.”

Zidane turut mempertahankan penjaga golnya, Keylor Navas, yang kesilapannya menghadiahkan Betis gol pendahuluan.

“Ia sebahagian permainan, semua orang melakukan kesilapan. Pada akhirnya, dia menyelamatkan kami. Saya gembira dengan cara rakan sepasukan memberi sokongan kepadanya,” tambah Zidane.

“Tindakan menyelamatnya (terhadap satu sepakan penalti lawan) memberi kami tiga mata. Dia telah menebus kesilapan awalnya dan memastikan kami meraih kesemua tiga mata.”

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mCkVvy

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.