Akta Khusus Untuk Warga Emas Di Malaysia Perlu Digubal – MAKPEM
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menggubal akta khusus untuk warga emasnya, kata presiden Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM), Datuk Seri Halim Ibrahim.
Beliau berkata Akta Warga Emas yang khusus membolehkan penggubal dasar menampilkan pelan dan inisiatif untuk faedah dan kebaikan kumpulan yang disasarkan.
“Akta yang dicadangkan itu boleh mencakupi perkara-perkara seperti penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, ekonomi dan keselamatan sosial,” katanya kepada Bernama.
Undang-undang seperti itu adalah penting memandangkan hakikat bahawa Malaysia mungkin mencapai status negara warga emas menjelang 2030.
Beliau, bagaimanapun, berkata walaupun tidak mempunyai akta khusus untuk warga emas, satu dasar untuk mereka telah dilaksanakan sejak 1995.
Pertubuhan Bangsa Bersatu mentakrifkan individu yang telah mencapai umur 60 tahun sebagai warga emas sementara sesebuah negara mencapai status negara warga emas apabila 15 peratus daripada penduduknya terdiri daripada warga emas.
Data daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa umur rakyat Malaysia kini lebih panjang dengan jangka hayat bagi lelaki ialah 72 tahun sementara wanita pula 77 tahun.
Menurut unjuran data itu, menjelang 2030, penduduk Malaysia akan meningkat kepada 38.1 juta orang dengan 15.3 peratus atau 5.8 juta adalah mereka berumur lebih 60 tahun, meningkat daripada 7.9 peratus (2.3 juta) pada 2010.
Halim berkata walaupun 60 adalah umur seseorang dikategorikan sebagai warga emas, kebanyakan mereka yang mencapai umur itu masih dalam keadaan sihat serta aktif dan produktif.
“Justeru, akta tersebut boleh membantu untuk memastikan mereka dapat terus hidup melewati usia 60 tahun,” katanya.
— BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oTWBam✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment