IPTA Perlu Terlibat Dalam Bidang Keusahawanan – Mary Yap
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggalakkan semua pelajar dan pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) melibatkan diri dalam bidang keusahawanan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2025.
Timbalan Menterinya Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, ia usaha untuk melahirkan graduan holistik, seimbang dan memiliki ciri-ciri usahawan.
“Ia dibuktikan dengan kejayaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang membeli 15 blok perumahan dengan kos RM52 juta untuk kegunaan 3,000 penuntut mereka.
“Beberapa langkah penjanaan IPTA terdiri daripada pelbagai sumber termasuk penggunaan aset maksimum, wakaf, jalinan alumni, geran pendidikan luar negara serta pengkomersilan produk dan idea,” katanya.
Mary menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Kedah (PKR) Dr Azman Ismail yang meminta Kementerian Pendidikan Tinggi menyatakan senarai hasil kejayaan IPTA di dalam menjana pendapatan sendiri setakat ini dan IPTA manakah yang paling berjaya.
Dalam pada itu jelas Mary, usaha itu selaras dengan hasrat kementerian mempergiat usaha universiti awam menjana pendapatan sendiri, selain menerima 80 peratus peruntukan dana daripada kerajaan.
Mary berkata antara kejayaan lain ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur yang membangunkan 500 unit penginapan dengan pinjaman bank sebanyak RM180 juta dan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) yang mendapat sumbangan Yayasan Bukhari untuk pembinaan auditorium RM40 juta.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kementeriannya tidak membenarkan universiti awam menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah sebaliknya mahu universiti menjana pendapatan sendiri bagi memastikan kemampanan operasi.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nyCgmf✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment