Pavlyuchenkova Juara Terbuka Monterrey Kali Keempat
ANASTASIA Pavlyuchenkova bergambar bersama trofinya selepas merangkul kejuaraan Abierto GNP Seguros selepas menumpaskan Angelique Kerber di Monterrey, Mexico sebentar tadi. – Foto EPA
MONTERRY (Mexico): Pemain Russia, Anastasia Pavlyuchenkova sekali lagi merangkul kejuaraan Abierto GNP Seguros – kali keempat selepas menumpaskan pilihan pertama dan pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber 6-4 2-6 6-1 di Monterrey, Mexico sebentar tadi.
Kerber dari Jerman, yang tewas kepada Pavlyuchenkova dalam final Monterrey pada 2013, sekali lagi dinafikan peluang untuk merangkul gelaran pertamanya tahun ini.
“Saya sangat terharu dan tidak sedar saya baru memenangi gelaran keempat Monterrey.
“Menentang pemain nombor satu dunia sudah cukup istimewa kerana sesiapa saja mahu bersaing dengan pemain nombor satu.
“Kamu tidak mendapat banyak peluang untuk melakukannya, jadi ia satu peluang terbaik untuk saya pada hari ini. Memang menakjubkan dapat menewaskan Kerber,” kata Pavyluchenkova.
Pavyluchenkova menguasai sepenuhnya set pertama sebelum Kerber bangkit memenangi pertarungan yang panjang di set kedua untuk menyamakan kedudukan dan membawa saingan ke set ketiga.
Pavyluchenkova yang mara ke suku akhir Terbuka Australia dan Terbuka BNP Paribas tahun ini, mendahului saingan 5-0 pada set penentuan dan melakukan servis penamat untuk merangkul gelaran ke sembilan kariernya dalam tempoh kurang dua jam. – Reuters
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oo1MyO✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment