Pope Francis Kutuk Serangan Bom Di Gereja Mesir
VATICAN CITY: Pope Francis mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain di dua buah gereja Kristian Koptik dekat delta Sungai Nil.
Beliau juga mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Mesir dan ketua gereja Koptik, yang bakal menerima kunjungan beliau hujung bulan ini.
Sementara itu, satu perarakan pengkebumian diadakan bagi 27 mangsa pengeboman di Gereja St. George di Tanta.
BACA: Sekurang-kurangnya 36 maut di Mesir dalam serangan bom di gereja
Ratusan hadir memberi penghormatan terakhir kepada mangsa serangan.
St George merupakan salah sebuah gereja yang disasarkan pengebom bunuh diri.
16 lagi terbunuh dalam serangan kedua di Gereja St Mark di Iskandariah.
Insiden berkenaan disifatkan serangan terburuk yang pernah disasarkan ke atas minoriti Kristian Koptik.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2piXWnX✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment