Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiffany nafi hamil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiffany nafi hamil

Percintaan pasangan artis memang mendapat perhatian peminat. Kisah cinta Tiffany Tang dan Luo Jin mula menjadi perhatian selepas mereka mengakui saling mencintai.

Sebelum ini masing-masing menafikan ada hubungan tetapi kini mereka lebih terbuka untuk bercakap mengenai hubungan yang terjalin.

Khabar angin mengenai percintaan mereka tersebar sejak 2013 tetapi Tiffany dan Luo Jin lebih selesa menggambarkan hubungan mereka hanya sekadar teman tapi mesra.

Selepas mengumumkan percintaan mereka, Tiffany dan Luo Jin buat pertama kali muncul sebagai pasangan kekasih dalam satu majlis. Mereka diundang mengiburkan tetamu dengan menyanyikan lagu Crystal.

Tiffany mendendangkan lagu itu dengan penuh emosi dan sepenuh hati seolah-olah menceritakan kisah cintanya. Tambah pula sebelum ini dia pernah kecewa dan kini menemui semula cinta baru selepas mengenali Luo Jin.

Katanya, hanya mereka yang pernah dikecewakan sahaja faham perasaan sakit hati hingga rasa percaya pada cinta turut musnah.

“Membina semula rasa cinta dan percaya pada seseorang itu bukannya mudah. Ia tidak boleh dibina dalam masa satu malam.

“Sebab itulah kami mengambil masa agak lama untuk berfikir masak-masak sebelum mengumumkan hubungan kami. Ia lebih kepada rasa trauma saya. Saya bimbang apabila semuanya kami canangkan pada dunia, hubungan kami putus di tengah jalan.

“Perlahan-lahan saya membuka sepenuhnya pintu hati untuk Luo Jin. Ia mengambil masa beberapa tahun untuk saya meletakkan kepercayaan padanya. Saya berterima kasih dan bersyukur kerana dia banyak bersabar dan setia,” katanya.

Tidak lama selepas mengumumkan hubungan mereka, tersebar pula cerita panas yang mengatakan Tiffany hamil dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Tiffany menafikan khabar angin itu ketika hadir dalam satu pertunjukan fesyen.

Katanya, tidak ada apa-apa perancangan untuk berkahwin seperti yang tersebar di laman sesawang.

“Saya faham keterujaan peminat selepas kami mengesahkan hubungan kami tetapi saya tidak suka apabila ada yang cuba mengambil kesempatan dan mula menyebarkan khabar angin kononnya kami akan berkahwin.

“Memang kami akan berkahwin tetapi bukan dalam masa terdekat dan saya juga tidak hamil. Sesiapa pun pasti teringin untuk memakai gaun pengantin putih dan berkahwin di gereja. Kemudian mengenakan pakaian tradisional berwarna merah, memberikan secawan teh kepada kedua-dua ibu bapa serta mentua.

“Bagaimanapun, buat masa ini belum ada perancangan untuk kami mendirikan rumah tangga. Saya harap tidak ada yang terburu-buru untuk terus mempercayai khabar angin yang tersebar,” katanya.

Apa pun, Tiffany akui dia mungkin tidak akan berkongsi berita perkahwinannya nanti sebelum majlis dilangsungkan sebaliknya akan memaklumkannya selepas majlis selesai.

Sama seperti percintaan mereka, Tiffany memegang prinsip sama iaitu enggan terlalu mendedahkan hubungannya dengan Luo Jin dan berharap dapat menjadikan sebahagian daripada kehidupannya sebagai privasi.

“Sama ada mahu mengumumkan perkahwinan itu sebelum ataupun selepas majlis berlangsung, itu bergantung kepada perbincangan saya dan Luo Jin serta keluarga kami.

“Keputusan itu haruslah dipersetujui bersama. Saya tidak boleh ikut suka kerana ia membabitkan kehidupan dua individu. Kami harus menjaga persefahaman supaya hubungan kami terus kuat,” katanya.

Bakal muncul dalam dua filem baru, The Three-Body Problem dan Erope Raiders serta satu drama bersiri, See You Again, Tiffany tidak menolak jika ditawarkan berlakon dengan Luo Jin.

Katanya, berlakon adalah pekerjaannya dan bekerja dengan kekasih sendiri mungkin lebih mudah untuk mewujudkan keserasian kerana sudah saling mengenali.

“Saya tidak ada masalah untuk berlakon dengan Luo Jin selepas ini. Percintaan kami tidak ada kena-mengena dengan pekerjaan. Itukan dua hal yang berbeza. Kenapa perlu saya mencampur-adukkan?

“Bagaimanapun seandainya saya diminta berlakon dengan pelakon lain sebagai hero dan Luo Jin pula hanya pelakon pembantu, saya mungkin akan berfikir panjang sebelum menerima tawaran berkenaan,” katanya.

The post Tiffany nafi hamil appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oBVhGt

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.