Hi! Welcome Back and Stay Tune! Watie kena tempias Joey - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Watie kena tempias Joey

Walaupun tidak banyak publisiti berbanding dulu, ia bukan halangan buat Watie Elite, 41, untuk meneruskan langkahnya dalam bidang lakonan dan dia bersyukur kerana rezekinya dalam dunia seni masih ada malah sering menjadi pilihan penerbit serta pengarah yang menawarkannya watak bersesuaian dengannya.

“Saya gembira kerana rezeki dalam dunia seni sentiasa ada cuma adakala saya terkilan dengan situasi yang tidak ‘berapa sihat’ berlaku dalam industri apabila pelakon diberikan harga rendah atas alasan kegawatan ekonomi.

“Lakonan adalah sumber rezeki utama saya tetapi kalau ditawarkan harga murah yang tak munasabah, ada baiknya saya berehat di rumah saja. Kos sara hidup sekarang mahal,” katanya.

Selain berlakon, Watie semakin diterima dalam bidang pengacaraan dan sering ditawar mengacara majlis persendirian.

“Selalunya saya mengambil pakej mengacara, menyanyi dan berlawak. Penganjur nampak keserasian saya bersama suami dan mereka kerap pilih kami untuk tampil berdua. Apabila berkahwin dengan Joey lima tahun lalu, saya pun dah terkena tempias komedi yang ada padanya,” katanya.

Menurutnya berlawak ibarat terapi untuk dirinya kerana dapat mengelak daripada tekanan.

“Pada usia begini, saya tak mahu hidup dalam keadaan tertekan lagi. Saya bersyukur dijodohkan dengan Joey kerana dia menceriakan hidup saya. Di rumah pun dia suka berlawak tetapi kalau dia ada masalah, saya tak boleh ganggu dan biarkan dia selesaikan dulu,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki, Amar Afif Daniel, 13.

Rehatkan Diri Di Pulau

Penat dengan kesibukan kota, Watie mengambil kesempatan bercuti untuk menenangkan fikiran di Laguna Redang Island Resorts, Terengganu, baru-baru ini.

“Saya sebenarnya mengikut ajakan seorang kenalan, Kak Haida Hassan ke sana. Perkenalan kami pun bermula ketika sama-sama menyertai zumba. Menariknya pada percutian itu kami turut mengadakan aktiviti zumba dengan pengunjung lain di tepi pantai.

“Ini bukanlah kali pertama saya ke pusat peranginan itu kerana saya dan Joey pernah bercuti di sana tetapi kali ini Joey tidak ikut kerana jadualnya padat,” katanya.

Ujar Watie lagi, meskipun dia dan Joey sibuk, mereka tetap merancang percutian keluarga apabila ada kelapangan.

“Biasanya kami akan bercuti seminggu untuk luangkan masa bersama keluarga. Ketika itu sebarang panggilan dan telefon bimbit pun tidak akan dilayan. Saya sekarang bergelar jurulatih aerobik dan akan mula mengajar aero dance serta fit & funky di M Studio, Wangsa Melawati setiap Rabu jam 9 malam,” katanya.

Watie mengakui suka menari sejak zaman bersama Elite dan menganggap itu ia antara cara menjaga kesihatan.

“Semuanya berlaku tanpa sengaja. Oleh sebab saya suka sangat menari jadi saya mengikuti kursus jurulatih tarian dan tak sangka sudah boleh mengajar orang pula,” katanya.

The post Watie kena tempias Joey appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n6cGtq

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.