Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ikan Kuning 'Iras' Donald Trump Pula Ditemui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ikan Kuning 'Iras' Donald Trump Pula Ditemui

Jika sebelum ini pelbagai haiwan berbulu yang seakan sama dengan Donald Trump ditemui, kini timbul pula seekor haiwan lain yang dikatakan mempunyai iras presiden tersebut – seekor ikan kuning dari jenis Cowfish.

Gambar ikan tersebut berjaya dirakam oleh Steve Collins ketika melawat aquarium di sebuah pusat beli belah di Manchester.

Steve Collin mengambil gambar ‘Trumpfish’ itu ketika melawat kawasan itu bersama keluarga.

Lelaki berusia 32 tahun itu berkata dia tidak dapat menahan gelak sebaik sahaja melihat persamaan ikan tersebut dengan Trump terutama ekspressi mukanya.

Malah, ikan beracun yang tinggal di terumbu laut di Lautan Hindi dan Pasifik itu juga mengeluarkan bunyi mendengus apabila ditangkap.

“Saya terus melihat ikan itu seperti Donald Trump apabila terpandangnya.

“Jujurnya, saya bukan seorang yang berminat dengan politik tetapi kita boleh melihat gambar Trump di mana-mana. Saya kadang-kadang bersetuju dengan Trump dan kadang-kadang tidak.

“Tapi, bila saya terlihat ikan ini, saya tidak boleh berhenti gelak” kata Steve.

Sumber: The Sun

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l04JjV

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.