TMJ hargai keberanian Yusoff
KUALA LUMPUR: “Itu jawapan yang ‘1st class’ daripada dia,” kata calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menjawab pertanyaan pada sesi pertemuan bersama penyokong bola sepak di ibu kota, hari ini.
Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai tindakan berani calon Timbalan Presiden, Datuk Yusoff Mahadi yang mahukan ahli perwakilan memilih dirinya hanya jika mereka turut memilih Tunku Ismail sebagai Presiden FAM yang baharu pada Kongres Pemilihan ke-53, pada 25 Mac ini.
Jelas Tunku Ismail, kenyataan Yusoff bukanlah bermakna FAM mengamalkan sistem ‘berpuak’ yang tersendiri namun beliau perlu memastikan semua individu dalam organisasi itu boleh bekerjasama dengan baik dalam usaha memulihkan kembali reputasi persatuan itu.
“Bukanlah bermaksud dia tidak boleh bekerja dengan Tan Sri Annuar (Musa) kerana cara kerja antara dia dengan saya berbeza.
“Saya tidak salahkan dia (Yusoff) kerana mungkin dia melihat potensi saya sebagai presiden.
“Berkemungkinan dia juga dapat rasakan bahawa saya mampu untuk melakukan apa yang akan saya rancang. Saya tak perlukan empat tahun untuk adakan satu perubahan.
“Cuma, saya takut mereka sahaja yang tidak terkejar dengan momentum saya kerana saya boleh bekerja pada bila bila masa.
“Saya letakkan sasaran dan saya akan pastikan ia dapat dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pada sesi pertemuan bersama penyokong bola sepak di ibu kota, semalam.
Pada sesi yang berlangsung hampir dua jam itu, kira-kira 200 penyokong bola sepak hadir bagi bertanyakan pelbagai soalan berhubung bola sepak negara serta perancangan yang akan diambil oleh Tunku Ismail selepas dipilih menjadi Presiden FAM.
Sebelum ini, Yusoff mengeluarkan kenyataan berani apabila mengharapkan ahli perwakilan dapat memilih secara ‘pakej’ iaitu Tunku Ismail sebagai Presiden sementara Yusoff sebagai Timbalan Presiden.
Dia turut menuntut supaya tidak memilih dirinya sebagai Timbalan Presiden seandainya perwakilan berpendapat Annuar adalah calon yang lebih layak dan mahukan perwakilan sendiri memilih gandingan yang dirasakan sesuai untuk bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kMoqAa✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment