Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Kes Rogol Dilaporkan Berlaku Di Malaysia Setiap Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Kes Rogol Dilaporkan Berlaku Di Malaysia Setiap Hari

Purata kira-kira 6 kes rogol dilaporkan berlaku setiap hari di negara ini menunjukkan situasi itu berada pada tahap membimbangkan.

Menurut laporan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, separuh dari kes rogol membabitkan mangsa berusia bawah 15 tahun dengan separuh daripadanya melibatkan remaja berumur antara 13 hingga 15 tahun.

Advertisement<!–
–>

Manakala pasangan mereka kebanyakannya lebih berusia berumur 18 tahun dan ke atas serta tidak bekerja.

Walaupun statistik setiap tahun menunjukkan penurunan, namun situasi tersebut amat membimbangkan.

Lebih mengejutkan, 80 peratus daripada kes rogol yang berlaku, mangsa mengaku mengenali si pelaku.

Perkenalan biasanya bermula di media sosial seperti Facebook, Wechat dan sebagainya. Dari situ mereka menjadi rapat sebelum merancang untuk bertemu. Bila sudah berjumpa, mulalah adegan ‘ringan-ringan’.

Laporan juga mendedahkan, kebanyakkan kes yang disiasat, mangsa mengetahui bahawa perbuatan mereka salah, namun dek kerana takut kehilangan kekasih mereka ‘merelakan’ perbuatan itu berlaku.

Pada 2013 statistik menunjukkan sebanyak 1,107 dari 2,124 kes membabitkan mangsa berumur bawah 15 tahun berbanding 1,243 pada 2014 dan 1,424 pada 2013.

Sumber: Sinar Harian

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mAm4E3

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.