Piala FA Inggeris: Spurs Belasah Millwall
HARRY Kane ketika perlawanan suku akhir Piala FA di White Hart Lane – Foto AFP
LONDON: Kecederaan dialami Harry Kane merencatkan kegembiraan Tottenham Hotspur ketika skuad itu meraih kemenangan bergaya 6-0 ke atas Millwall pada suku akhir Piala FA di White Hart Lane, sebentar tadi.
Penyerang antarabangsa England, Kane yang juga penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris, mengalami kecederaan buku lali pada minit keenam permainan.
Namun, ketiadaannya tidak menjejaskan aksi skuad itu dengan Son Heung-min cemerlang apabila meledak hatrik dan Christian Eriksen yang menggantikan Kane turut menyumbang satu gol cantik.
Sementara dua lagi jaringan disumbangkan Dele Alli dan pemain gantian, Vincent Janssen. – Reuters
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mfIJTh✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment