Aguero, Sane Pastikan Kemenangan City Ke Atas Sunderland
PEMAIN Manchester City, Leroy Sane, kanan, meraikan jaringan gol kedua pasukannya dengan rakan sepasukan, David Silva (kiri) dan Gael Clichy semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Sunderland dan Manchester City di Stadium of Light, Sunderland, England. – Foto AP
SUNDERLAND: Manchester City terselamat daripada kebimbangan awal sebelum gol daripada Sergio Aguero dan Leroy Sane memastikan kemenangan 2-0 di Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Jermain Defoe hampir menghadiahkan tuan rumah gol pendahuluan pada minit ke-20 apabila percubaannya dinafikan palang gol tetapi Aguero membuka tirai jaringan hasil umpanan minit ke-38 David Silva.
Silva turut membuat hantaran tepat di celah-celah pertahanan pada minit ke-59 buat Sane untuk meledak jaringan keenam dalam 10 perlawanan.
City kini kembali memanjat ke tangga ketiga liga, lapan mata di belakang Chelsea.
“Mereka amat sukar dibendung, tetapi nasib baik pemain saya tidak hilang tumpuan pada aksi terbabit,” kata pengurus City, Pep Guardiola. “Tetapi sayang sekali jarak kami dengan Chelsea agak jauh.”
Jurang yang besar juga dapat dilihat dalam persaingan bawahan liga, dengan Sunderland terpisah enam mata dengan zon selamat.
“Kami masih cuba mengejar pasukan lain,” kata pengurus Sunderland David Moyes yang kini melihat kepada aksi bertemu Burnley dan Watford.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lPUkbD✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment