Juventus Seri Kali Pertama Sejak Lebih Setahun
PEMAIN Udinese, Samir (kiri) dan pemain Juventus ‘Gonzalo Higuain mengejar bola, pada Itali Serie A perlawanan bola sepak antara Udinese Calcio dan Juventus FC. – Foto EPA
MILAN: Jaringan penyamaan Leonardo Bonucci pada babak kedua menyelamatkan Juventus sehari selepas Roma tampak akan melepaskan gelaran ketika juara bertahan itu diikat buat kali pertama dalam Serie A sejak lebih setahun lalu di Udinese.
Juventus, yang mensasarkan rekod kejayaan keenam berturut-turut scudetto, diberikan rangsangan tambahan kelmarin apabila Roma tewas 2-1 di laman sendiri kepada Napoli lalu memberikan gergasi Turin itu peluang untuk mencipta jurang 10 mata.
Namun dalam persembahan longlai di Stadium Dacia, yang penuh sesak dengan penonton untuk melihat kedatangan juara Itali sebanyak 32 kali itu, namun Juve gagal menggunakan kelebihan untuk mencatat keputusan seri pertama dalam kempen Serie A sejak berdepan Bologna pada Februari 2016.
Skuad kendalian Massimiliano Allegri kekal di persada liga namun kini hanya lapan mata di depan Roma, dengan Napoli ketiga, 10 mata di belakang.
“Sebelum saya katakan apa-apa, saya mahu memuji Udinese, yang bermain sangat bagus. Pada satu ketika mereka memiliki dua, tiga dan empat pemain yang mengejar pemain kami untuk mendapatkan bola,” kata Allegri.
“Kami sedar betapa sukar perlawanan ini selepas meraih banyak kemenangan. Sudah lebih setahun sejak kami mendapat keputusan seri.
“Kami melakukan banyak kesilapan, terutama dalam 20 minit awal. Dalam aspek positif, kami meraih mata berbanding Roma namun kejuaraan belum berakhir. Roma masih boleh memungut banyak mata.” – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lu5wOQ✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment