Apple Dijangka Menggunakan Panel OLED Pada Semua iPhone Menjelang 2019
Pada tahun ini, Apple sedia diperkatakan beberapa kali yang mana mereka akan menggunakan panel OLED pada iPhone 8 – iaitu sebuah iPhone premium dengan ciri-ciri khusus yang diperkenalkan bersempena ulang tahun ke-10.
Kini, laporan baru turut hadir mengatakan Apple dijangka menggunakan panel OLED secara sepenuhnya pada semua iPhone keluaran mereka menjelang tahun 2019 kelak.
Ini bermakna, kita mungkin akan melihat penggunaan panel OLED ini pada iPhone 8 tahun ini, dan sebahagian daripada iPhone keluaran 2018 kelak.
Seperti ramai sedia maklum, penggunaa panel OLED ini akan menawarkan paparan gambar yang lebih cantik dengan penggunaan warna dan kecerahan yang lebih baik berbanding dengan LCD. Ini secara tidak langsung akan menjadikan penggunaan peranti mudah-alih lebih menarik kepada pengguna berbanding pada hari ini.
Buat masa ini, terdapat beberapa pengeluar yang menggunakan panel OLED pada telefon pintar mereka, dan dengan peralihan Apple – kita mungkin akan melihat penggunaannya lebih meluas di industri.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyynBZ✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment