Pemohon Gagal Dapat BR1M Boleh Buat Rayuan Sehingga 31 Mei
Spread the love
Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan selewat-lewatnya sehingga 31 Mei ini.
Permohonan rayuan berkenaan sudah dibuka kepada sejak 3 April lalu dan ianya perlu dilakukan secara manual iaitu dengan mengisi borang.
Borang rayuan berkenaan boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my. sebelum mengemukakannya di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan.
Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.
Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:
i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);ATAU
ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);DAN
iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;ATAU
iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).
Maklumat rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa ke semasa dan pemohon boleh layari laman web http://ift.tt/PIAy0l bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai rayuan BR1M. -MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment