Benzema Letak Real Di Puncak La Liga
KARIM Benzema. – Foto Reuters
BARCELONA: Real Madrid mencatat kemenangan besar 4-1 di gelanggang pasukan kerdil Eibar malam tadi, dan kembali ke persada La Liga buat seketika, walaupun skuad bimbingan Zinedine Zidan tampil tanpa Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo.
Karim Benzema menjadi tonggak penting di barisan serangan Real yang turun tanpa Bale yang digantung dan Ronaldo yang cedera, apabila menguis masuk gol pertama pada minit ke-14, dengan menyambar bola muntah rembatannya, sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-25.
James Rodriguez membuat hantaran lintang untuk gol kedua Benzema itu dan pemain kelahiran Perancis itu membalas budi rakan sepasukannya dari Colombia itu untuk jaringan ketiga Real dan pertama dalam liga sejak September, pada minit ke-29.
Marco Asensio menggegar untuk gol keempat pelawat sebaik permainan mencecah satu jam apabila menyambar bola yang melantun hasil rembatan Rodriguez.
Ruben Pena mendapatkan gol saguhati untuk tuan rumah Eibar pada minit ke-72 tetapi tidak mampu menghalang Real yang mencatat kemenangan besar selepas kali terakhir menewaskan Real Sociedad 3-0 pada Januari lalu.
Kemenangan itu menyemarakkan keyakinan Real yang sebelum ini tercicir lima mata daripada tiga perlawanan.
Tiga mata daripada perlawanan itu meletakkan mereka di puncak carta dengan 59 mata, walaupun Barcelona, yang menghimpun 57 mata, dijangka akan mengambil alih semula kedudukan di persada apabila turun berdepan Celta Vigo dalam perlawanan selepas itu. – REUTERS
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mZoXLM✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment