Kuala Kangsar Juara Liga Amanjaya
PEMAIN Kuala Kangsar meraikan kemenangan selepas menewaskan Ipoh Timor 2-1 pada perlawanan peringkat akhir Liga Perak Aman Jaya 2016/2017 di Stadium Perak. Foto Abdullah Yusof
IPOH: Parlimen Kuala Kangsar muncul juara Liga Bola Sepak Perak Amanjaya 2016/2017 selepas mengenepikan Ipoh Timor 2-1 di Stadium Perak, malam tadi.
Jaringan Muhd Akmal Abdullah pada minit ke-13 dan Muhammad Farid Zainal (m-79) memadai buat Kuala Kangsar untuk menjulang Perisai Menteri Besar serta meraih wang tunai RM20,000.
Akmal turut mengecap kegembiraan berganda apabila diisytiharkan sebagai ‘Pemain Terbaik’ perlawanan.
Selaku naib juara, Ipoh Timor pula terpaksa berpuas hati dengan RM10,000.
Terdahulu, Kuala Kangsar mengecewakan Tanjung Malim 2-1 untuk mara ke final sementara Ipoh Timor mengatasi Taiping 4-3 melalui penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Hadiah disampaikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar (PBSDKK), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lKIqj2✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment